Monday, July 04, 2011

Casio Kiblat

Salam semua. Sebuah lagi jam yang agak popular di kalangan kita, iaitu Casio Kiblat. Terdapat dalam 2 versi, iaitu hitam (paling common dan banyak didapati) dan putih. Saya Alhamdulillah bernasib baik terjumpa dengan model ini di sebuah kedai jam di Seksyen 18 Shah Alam. Date yang terpapar masa pembelian sebelum di"adjust" ialah tahun 1990! Lama tu.

Mempunyai fungsi penunjuk arah kiblat dan tarikh Hijri adalah ciri-ciri utama jam ini. Terdapat juga fungsi kompas. Untuk ketepatan arah kiblatnya, saya pernah mencuba jam ini (saya mempunyai sebuah lagi Casio Kiblat berwarna hitam) di hadapan Kaabah yang hebat itu. Alhamdulillah, tepat "direction"nya.

Pandangan sisi kanan yang mempunyai butang biru yang mengaktifkan fungsi arah kiblatnya. Yang versi hitam berwarna hijau pekat.


Sensor yang tertulis "Bearing Sensor" untuk kerja-kerja mengesan medan magnetik. Dari segi ketepatan waktu solatnya, ia adalah agak "accurate" dengan +-5 minit toleran. Saya yakin method yang digunakan untuk menetukan waktu solatnya ialah mengikut kaedah "World Muslim League".
Perbandingan waktu solat dengan jam Alfajr milik saya. Perbezaan masa hanyalah satu minit untuk waktu Syuruk, dan di waktu-waktu yang lain seperti yang gambarnya saya paparkan di bawah ini.


Waktu Zohor

...dan Asar

Perbandingan dengan versi hitam

Jam Kiblat yang berwarna putih ini saya bercadang untuk menjualnya memandangkan saya telah punya versi hitam. Rasanya macam redundant pula. Set ini didatangkan lengkap dengan kotak dan manualnya. Berminat? Harganya RM290 sahaja :) SOLD

20 comments:

  1. seji tangan pakai jam kiblat nih...

    ReplyDelete
  2. Lawa gak putih tu.... jam digital segi4 sebelah dia tu jam apa ye? AKu pernah tgk org pakai. Nak tanya segan plak. Haha

    ReplyDelete
  3. sah_kul: :) so far arah kiblatnya tak mengecewakan. Kalau yang digital, casio ni among the best. Kalau analog, Dalil kot? Ada satu jam yg ada kompas tu memang ada tulisan-tulisan Islami di situ

    DJ: Warna putih rasanya lebih cantik dari yang hitam. Jam petak tu jam alfajr, beli masa keje kat Saudi. Refer kat sini:

    www.alfajr.com

    Yang tu waktu solatnya dipecahkan lagi ikut bandar2 utama di Malaysia. KL, k.bharu, k.terengganu, kuching dan beberapa bandar lagi ada kat situ :)

    ReplyDelete
  4. O. Bestnya! Dulu dok tgk beberapa org pakai. Student yg pernah study sana rasanya. TEringin sgt nak tanya.... tp segan sungguh masa tu. Haha. TEringin nak ada 1 tp tak nak camno.. huhu

    ReplyDelete
  5. Hmm, jam tu dulu kat lelong ada jual..sekarang dah takdak. Cara lain ialah beli online. Contohnya macam kat sini:

    http://www.islamicbookstore.com/gifts-azan-clocks.html

    Saya pernah beli dgn diorang Tafsir tak lama dulu...tapi kalau dapat beli kat Jeddah lebih baik..diskaun diorang bagi masyuk gak :p

    ReplyDelete
  6. Tq... berminat nih... Hehe

    ReplyDelete
  7. Jom pakat beli :p DJ jadik agen..hehe

    ReplyDelete
  8. Muahaha... kalau kena harga & mudah caranya... Ekeke

    ReplyDelete
  9. sah_kul: Thanks bro...vocab baru :)

    ReplyDelete
  10. Ni model CPW310-7 ke? Tak silap aku TGNA pun pakai satu

    ReplyDelete
  11. Rasanya mmg TGNA pakai satu yang warna putih macam ni. Pernah ternampak di gambar, tapi x ingat dah kat mana lokasinya

    ReplyDelete
  12. Anonymous5:41 PM

    assalammualaikum..bro...ade lg ke jam nih??

    ReplyDelete
  13. Wslm wbt. Maaf tuan dah sold ya

    ReplyDelete
  14. Anonymous10:00 AM

    klau nak order bleh dgn saya tp harga dia rm 300 ttp... klau nak bleh hbgi sy di
    019-3461521 ( us.firdaus )

    ReplyDelete
  15. mukhlis10:57 PM

    salam.. sorry ye. tumpang share.. ada stok jam qiblat kalau nak.. RM300.00. Limited stock. Harga pasaran dah semakin naik. sms 013-9130389. tq

    ReplyDelete
  16. salam bro..jam casio ni ada lagi x??...duk cri gak..still xjmpa...

    ReplyDelete
  17. Wslm wbt. Dah susah tuan, kalau ada harus dibeli segera :)

    ReplyDelete
  18. Assalam..jam tu..da jual belum ye??

    ReplyDelete
  19. Bang....dah lama saya nak carik nie. 017625 5583 fendi

    ReplyDelete