Tuesday, October 30, 2012

Casio Kiblat Baru: CPW-500HD

Maafkan saya kerana agak lambat membuat ulasan jam Casio Kiblat baru ini. Jadi untuk posting kali ini, saya cuba membuat ulasan sebaik mungkin untuk menerangkan fungsi jam ini. 


Kotak jam ini kebanyakannya adalah di dalam bahasa Arab, sesuai dengan sifatnya sebagai penunjuk arah kiblat yg letaknya di bumi suci itu. Gambar Ka'abah yang mulia itu menghiasi kotak jam ini. Berbanding dengan yg lama, packaging kali ini lebih difahami maksudnya dengan lebih jelas. Tengok saja dah tahu apa isi dan fungsi utamanya :)
 
 Inner package nya juga lebih baik dengan proper watch box berwarna hijau. Estetik! Saya suka dengan penambahbaikan sebegini.

Terdapat pilihan untuk mempamerkan kalender Hijriah di mode timing. Opsyen lain adalah kalender Masihi dan waktu semasa.

Dengan menekan butang "Salat", waktu solat semasa akan dipaparkan. Perhatikan jarum saat berwarna merah yg menunjuk ke arah "Fajr" (Subuh). Untuk melihat waktu solat yg lain, tekan butang 'Adjust" sehingga jarum saat bergerak ke arah waktu solat yg kita kehendaki. Seronok melihat jarum saat merah itu bergerak-gerak mengikut arahan yg telah kita berikan.

Terdapat mode Moon Age yang merupakan fungsi tambahan berbanding model awalnya. Beberapa ciri-ciri tambahan lain turut disediakan seperti yg akan diterangkan di bawah ini.

Ini pula fungsi thermometer sebagai penunjuk suhu. Saya tidak menguji ketepatannya setakat ini.

Juga terdapat fungsi alarm. 5 alarm tersedia untuk kegunaan sesiapa yg memerlukan.

Seterusnya ialah fungsi stopwatch. Juga ciri-ciri baru jam ini berbanding versi asalnya.

...dan yang terakhir sebagai ciri-ciri terbarunya ialah fungsi timer. Sangat baik bukan? :)

Caseback yg simple, sepertimana kebiasaan jam-jam Casio yang lain.

Lampu untuk kegunaan di kala hari gelap. Berbanding versi asal, fungsi butang "Light" itu memang semata-mata untuk lampu. Versi ada mempunyai pelbagai fungsi yg kadangkala sedikit mengelirukan (bukan masalah yg serius pun :))

Model ini adalah versi bracelet dengan push button yg memudahkan operasi. Terdapat beberapa versi lain yang tuan-tuan boleh dapatkan maklumatnya di sini:

http://www.casio-intl.com/asia-mea/en/wat/prayercompass/

Sedikit perbandingan dengan versi asal: Perhatikan arah kiblat yang dipaparkan oleh kedua-dua jam. Sama bukan? Hanya perlu menekan butang "Qibla" untuk mengaktifkan fungsi ini. 

 Begitu juga dengan waktu solatnya. Sama juga :)

Untuk ulasan Casio Kiblat versi lama, sila ke link berikut:

http://walikard.blogspot.com/2011/07/casio-kiblat_04.html

Kesimpulannya, jam kiblat versi kedua ini penuh dengan ciri-ciri yg tidak ada pada model asalnya. Berikut saya senaraikan ciri-cirinya secara ringkas dalam format "Versi baru vs Versi lama":

1) Analog + Digital vs Digital sahaja
2) Pelbagai variasi model vs 2 variasi sahaja
3) Fungsi Moon Age vs Tiada
4) Fungsi stopwatch vs Tiada
5) Fungsi timer vs Tiada
6) Fungsi Thermometer vs Tiada
7) Fungsi Alarm vs Tiada
8) Buatan China vs Buatan Jepun

Jam ini telah mula dijual di kedai-kedai jam sekitar Malaysia. Terdapat juga penjual online di Lelong.com.my yang menjualnya. Harganya adalah di sekitar RM300-RM380 bergantung jenis model yg dipilih. Diharapkan agar ulasan saya yg serba ringkas ini bermanfaat untuk tuan-tuan :)

51 comments:

  1. Di zaman mesra alam ni...kotak jam casio mostly dah tinggal kertas aja mcm edifice...tp jam kiblat ni dgn kotak ijau mmg mengejutkan... kalau lampu dia mcm baby G baru lagi terangkat agaknya...:)

    ReplyDelete
  2. Memang agak suprising bro, but very pleasant surprise :) mmg add value pada jam ni. Aku rasa lampu dibuat dari jenis ni utk prolong batt life bro...rasanya kalo illuminator biasa tu, pantas agaknya batt nya habis. Tambahan pulak jam banyak fungsi mcm ni mmg kust makan skit :)

    ReplyDelete
  3. Mmg terbaek wak... mana lg murah wak beli kt pertama ke atau melalui online je yg biasa ko buat tu..

    ReplyDelete
  4. Kat kedai yg kita pergi tu murah Under...aku beli online mahal lagi :p

    ReplyDelete
  5. kat mana boleh beli jam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro. Boleh dapatkan di Pusat Jam Pertama di Pertama complex. Atau kalau di lelong.com.my pun boleh dengan menggunakan keyword casio prayer atau cpw-500. Harap membantu :)

      Delete
  6. Anonymous2:56 PM

    Assalam bro.. aku da dpt jam ni, tp xleh nk setting waktu solat la.. tgk manual pun masih xdapat gak.. bleh tlg x? iskk..iskk

    ReplyDelete
  7. Wslm wbt. Buat masa skrg sy pun ingat2 lupa. InsyaAllah kalau takde aral malam ni update kat sini ya.

    ReplyDelete
  8. Kepada bro anonymous: Waktu solat dah preset mengikut bandar masing-masing. Dalam Malaysia, kita perlu set jam tersebut ke "Kuala Lumpur". Cara nak set: Di dalam mode timekeeping, tekat butang "Adjust" dan hold sehingga keluar option pertama untuk set bandar tadi. Pilih Kuala Lumpur. Selepas itu tekan "Adjust" semula. Sepatutnya waktu solat dah hampir sama dengan waktu solat yg dipaparkan di suratkhabar. Cuma saya nak tekankan di sini yg ia tidak boleh 100% sama...kebiasaannya -+3-5 minit perbezaannya

    ReplyDelete
  9. Anonymous12:16 PM

    tumpang tanya...adakah ada jam baru ni made in japan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak tuan, sebaliknya made in China

      Delete
  10. Anonymous12:05 AM

    saya rasa case shj in china...but still technology japan...kan??

    ReplyDelete
  11. Ya betul tuan, case saja made in china...technology masih Japan

    ReplyDelete
  12. berat tak yg tali besi ni?

    ReplyDelete
  13. Ringan saja tuan, dari jenis folded

    ReplyDelete
  14. Baru pas beli kat mee seng watch pertama complex, rm325...memang berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik tuan, mmg sgt berbaloi :)

      Delete
  15. cermin dia ni mudah calar x?klu mudah calar,ade ke jual screen protecter tuk jam ni..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cermin dia dari jenis akrilik atau plastik.. Jadi agak mudah tercalar. Apapun, boleh hilangkan calar tu dengan "polywatch", sejenis pembasmi calar yg mudah dan agak murah harganya... Kurang dari rm50

      Delete
  16. Anonymous6:21 PM

    macam best jer...macam nak hadiahkan kt husband jer..like it

    ReplyDelete
  17. Terbaik :) Mmg hadiah yg berbaloi diberikan insyaALLAH :)

    ReplyDelete
  18. asm
    saya dah beli kat BBbangi..RM 400+ knp mahal...dlm info kata RM 300 ke 400 je...dah terkena kot ni...

    ReplyDelete
  19. asm
    saya dah beli kat BBbangi..RM 400+ knp mahal...dlm info kata RM 300 ke 400 je...dah terkena kot ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt. Bergantung juga kepada kedai yg jual. Rm400 lebih mmg on the high side tu. Tapi apapun, insyaAllah jam ni nilainya melebihi RM yg kita bayar, walaupun pada harga RM400 lebih pada saya :)

      Delete
  20. Anonymous2:26 PM

    Salam, minggu lepas 5hb Apr, saya beli jam ni 500cpw h- glod platted kat Pertama Compleks harga RM450.00, tapi bile tengok yang stainless steel nampak cantik gak..
    skrg tengah blajar setting..ada bahasa Indonesia dalam manualnyer..by the way masa masuk utan baru2 ni agak berbaloi jika dibandingkan dengan android...tapi rakan yang beli kompas kiblat harga RM10.00 lagi berbaloi katenye...hehehe

    ReplyDelete
  21. Wslm wbt. tahniah tuan atas jam tersebut, mmg amat2 berbaloi tu :) kompas betul mmg tak boleh lawan tuan...tapi dari segi handy, jam insyaAllah lebih mudah dibawa sebab lekat kat tangan saja :)

    ReplyDelete
  22. salam...saya baru beli jam casio CPW-500HD-1AV...tapi masalahnye saya kurang pandai nak buat setting utk kiblat...boleh sesiapa yg otai@dah lama pakai ajarkan step by step utk setting kiblat ,lokasi saya di rawang.

    terima kasih

    ReplyDelete
  23. Wslm wbt bro Shahril

    Saya pun dah tak berapa ingat tentang cara2 nya. Mgkn manual ni boleh membantu?

    http://support.casio.com/en/manual/manualsearch.php?cid=009&MODULE=5266

    Pernah berlaku pada saya yg memang jam yg spoilt, masa calibration jarum tak center pada no 12...sudahnya saya return saja

    ReplyDelete
  24. Salm smua....nktye ckit..sy baru beli casio prayer compass 5266.... Tp sy kurang faham nk set waktu solat y mintak saudara tlg terangkan bole....

    ReplyDelete
  25. Anonymous9:32 AM

    Aslmkum.. Juz nak berkongsi sedikit ilmu cara nak set waktu solat based apa yang saya faham.
    Tahukah anda, di dalam dunia muslim, ada 5 kaedah masyhur cara penentuan waktu solat(Boleh rujuk manual casio ini).
    Antaranya ialah kaedah ukuran yang di keluarkan oleh University Umm Qura Makkah, Universiti Sains Islam Karachi, Muslim world league etc.

    Di Malaysia, kita mengguna pakai kaedah yg di putuskan oleh MUSLIM WORLD LEAGUE(di dalam manual casio ini pn ada mention).
    Jadi maknanya, untuk dapatkan waktu solat yang tepat, anda perlu
    pertama:Set city time data dengan tepat(bermakna anda perlu memilih Kuala Lumpur) sebagai city data anda.
    Kedua:Memilih kaedah ukuran waktu solat(Untuk Malaysia, anda perlu memilih kaedah Muslim World League(MWL))
    Selepas anda set setting ini, barulah anda akn mendapat waktu solat yg tepat.
    Ini adalah kaedah untuk mendapat waktu solat yang tepat JIKA ANDA TINGGAL DI KUALA LUMPUR

    Tapi , satu persoalan.
    Bagaimana pula dengan mereka yang tinggal jauh dari KL cthnya Sarawak,Kelantan dll.Waktu solat mereka kan ada sedikit offset daripada KL.Bagaimana nak set utnuk bagi tepat?
    Sebenarnya, lain negeri, lain angle of sunrise and sunset compare to KL.
    Dan oleh kerana sebab inilah maka Jam Tangan Kiblat casio ini juga di datangkan dengan option CUSTOM untuk adjust angle of SUNRISE , SUNSET waktu solat terutamanya waktu solat SUBUH dan ISYA'.
    Jika anda ubah angle degree ini dan memilih angle yang hampir sama dengan kawasan anda tinggal, anda akn dapati waktu solat yang terpapar di jam hanya akn berlaku offset antara 1minit-2minit sahaja.
    Selamat Mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian tuan :) bermanfaat insyaAllah

      Delete
    2. Asslm. Sy duduk d Sibu. Dh cuba adjust waktu solat ikut kwsn sini tapi masih tak berjaya. Any suggestion.tq

      Delete
  26. Salam....sy da try ikut kaedah seting y saudara ckp...tp time wktu solat stil lg tidak tepat,,,terlalu jauh beza waktu solat tersebut...dlm 10-15 minit jgk bezanya....bole tn perinci kan lg msaal sy ni..tq

    ReplyDelete
  27. salam.. tuan tau dak sape2 yang jual model lama jam qiblat ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt. Maaf tuan buat masa ni saya tak pasti. Tempohari ada yg jual dalam mudah tapi tak pasti masih ada ataupun telah dijual.

      Delete
  28. Assalam...ada xlg jual jam tgn ni..

    ReplyDelete
  29. Assalam...ada xlg jual jam tgn ni..

    ReplyDelete
  30. saya pakai jenama al fajr watch je... ketahanan blum pasti sbb bru pakai 5 bln.

    ReplyDelete
  31. Wslm wbt tuan Mohd Amir. Tuan boleh check kat sini:

    http://www.lelong.com.my/catalog/all/list?TheKeyword=casio+prayer

    En Din, Alfajr mmg baik. Saya pun pakai Alfajr memandangkan waktu solatnya mengikut bandar2 besar di Malaysia, lebih memudahkan

    ReplyDelete
  32. saya pun baru pakai jam qiblat rekaan terkini dibuat khas utk rakyat malaysia."F&A Qiblat Sensor Watch". Rekaan cantik, boleh custom nama sendiri pada jam, Tentukan arah kiblat dengan mudah dan sepantas 10saat shj. Byk lagi kelebihan lain tapi bagi sy jam F&A Qiblat Sensor memang berbaloi dan puashati !!

    boleh wasap sy di 0177299817 utk kita bertukar pendapat. Tq.

    ReplyDelete
  33. Assalam, tuan2 boleh dapatkan jam casio kiblat di sini
    https://www.facebook.com/Jam.Casio.Kiblat.Malaysia/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt. Terima kasih atas perkongsian tuan :)

      Delete
  34. Wslm wbt. Utk casio kiblat baru, hanya waktu di bandar utama/capital city setiap negara yg ditunjukkan. Kalau jam Alfajr, ada ditunjukkan waktu beberapa bandar2 utama, tidak sekadar capital city

    ReplyDelete
  35. adakah jam ni menunjuk kan kiblat skali? sbb nk tahu kepastian sbnar jam ni. sebb ade compass 2..tq tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Tuan, ia menunjukkan kiblat juga sebagai salah satu fungsi utamanya

      Delete
  36. Jam ini mmg ciri islamix

    ReplyDelete
  37. Sy mmg mula rasa kepuasan jam islamik ni

    ReplyDelete
  38. Banyak memudahkan urusan nak tahu waktu solat (roughly) untuk membolehkan kita Plan waktu solat kita. Masa traveling paling dirasai keberkesanannya

    ReplyDelete
  39. Nk tnye cmne nk setting kiblat sbb kiblat jam sy salah n cara set latitud n longitud,klau2 ade yg blh bntu..

    ReplyDelete
  40. Anonymous11:48 PM

    Masih ada ke jam ni di pasaran sekarang?

    ReplyDelete