Showing posts with label chronograph. Show all posts
Showing posts with label chronograph. Show all posts

Monday, January 13, 2014

Sturmanskie Airman & Okeah Final Edition: Chrono dari Eropah Timur


Sturmanskie Airman & Okeah Final Edition, merupakan model-model reissue bagi jam Pilot dan Navy (Okeah untuk Ocean) Rupa asal jam-jam tersebut adalah seperti gambar-gambar di bawah:




Jam-jam ini dijana oleh movement Poljot 3133 yang agak tersohor dahulu. Untuk maklumat lanjut megenai sejarah jam-jam ini, blog jam pencintamasa ada membuat ulasannya seperti di bawah:



Jam Sturmanskie diserlahkan dengan lambang Wing di situ...barulah pilot..hehe


Sementara itu, jam Okeah atau Ocean yang berwarna biru menepati tema Navy yang begitu sinonim dengan laut


Jam-jam ini mempunya 2 crown dan 2 pusher button. Crown yang terletak di antara 2 pusher crown adalah untuk adjust masa. Untuk date, tiada quickset disediakan :p Pulaslah crown itu secara manual hingga sampai ke tarikh yang anda mahukan :D Penat juga tu...Di samping itu, crown tersebut juga digunakan untuk mengunci (manual winding), satu-satunya sumber kuasa jam ini. Putarannya agak lembut. Pusher button adalah firm tapi tidaklah ketat. Just nice :)


Crown yang satu lagi pula adalah untuk memutarkan inner bezel nya...putarannya lancar dan mantap. Tiada rasa longgar di mana-mana.


   Model reissue ini adalah dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit dan mempunyai no siri tersendiri. Model Sturmanskie sebanyak 700 utas. Manakala Okeah dalam kuantiti yang lebih sedikit iaitu 300. Gambar di atas ialah caseback bagi model Sturmanskie...


 ...dan ini pula untuk model Okeah

Bagi kolektor jam yang berminat dengan jam-jam chronograph yang mempunyai sejarahnya tersendiri, jam-jam yang diulas kali ini adalah amat berbaloi untuk di simpan. Saya tidak pasti samada jam-jam ini masih ada dijual di mana-mana. Kalau jam ini memang taste anda dan terjumpa pula di mana-mana, jangan tunggu lama-lama sebelum ia dikebas orang :D

Sunday, January 12, 2014

Jam Pilot Russia?



Jarang betul kedengaran mengenai jam Russia. Apa yang bestnya? Tunggu....review lanjut akan menyusul InsyaALLAH :)

Tuesday, November 27, 2012

Sea-Gull M190s Manual Winding Chronograph


Sebuah lagi jam dari Tanah Besar China telah masuk dalam koleksi saya beberapa bulan yang lepas. Agak lama juga tercari-cari penjual online yang menjualnya dengan harga termampu. Alhamdulillah dapat juga :)

Warna putihnya kelihatan agak terang di dalam gambar-gambar yang di publish di sini. Namun sebenarnya, ia adalah sedikit "off-white". Agak susah juga nak menunjukkan warna sebenarnya dari lensa kamera dan skill saya yang masih jauh ketinggalan.

Crown jenis bawang yang senang diputar. Namun sedikit keras semasa dikunci jika nak dibandingkan dengan putaran seiko 6R15. Pada pendapat saya, ETA-2824-2 lebih keras berbanding kedua-duanya. Beza antara satu sama lain hanyalah sangat sedikit.

Display caseback yang berjaya memaparkan movement ST19 yang komplikated dengan baik. Cantik, dan tentu tak senang nak menghasilkan movement yang sofistikated sebegini. 

Kelihatan skru-skru berwarna biru yang menambah seri movement ini. Agak2 boring tgk depan, tengoklah movement nya pulak :p

Dial dengan 2 sub-register yang simple. Sub-register kiri adalah untuk saat manakala di sebelah kanan adalah register 30 minit. 

Dial "off-white" bertekstur yang seronok dilihat. Perhatikan teksturnya yang berbeza antara sub-register dengan main dial. Agak detail. Jarum-jarum yang berbentuk bilah tombak pula sangat sinonim dengan jam-jam klasik dan berjaya memberi rupa itu kepadanya.

Cermin adalah dari jenis sapphire glass yang tahan calar. Saya tak pernah test lah :D Display caseback juga adalah dari jenis sapphire.

Normal buckle yang simple, dan pada saya kurang sesuai dengan jam ini. Lebih baik kalau dapat dipadan dengan deployant clasp yang lebih menepati tema jam ini.

Saiz 41mm yang terasa selesa di tangan. Lug-to-lug nya agak panjang, namun taklah sampai melebihi pergelangan tangan saya yang kecik tu :) Klasik...itulah kesimpulan yang dapat saya berikan untuk jam dari Tanah Besar China ini :)

Sunday, June 26, 2011

Pencarian Seiko 7A28/7A38

Gambar kredit www.ninanet.net

Saya mencari model ini (dalam gambar 7A28. 7A38 mempunyai day dan date) Agak sukar dijumpai. Ada yang offer, tapi harga tak terjangkau dan jauh beribu batu, tanpa saya kenal siapa penjualnya. Sekadar memberi gambar, sesiapa juga tentu boleh melakukannya. Di ebay ada, tapi jarang-jarang sekali bersua. Kalau ada rezeki, sudah pasti ada. Apapun, saya masih mencari. Kalau anda ada, dan mahu menjualnya, jom kita bincang harga. Kalau terjangkau, insyaAllah, memang saya berkehendakkannya.

Sunday, April 24, 2011

Seiko 6138-8020 Panda Dalam Pegangan





Dalam pertemuan dengan Abg Hassan Detik12 malam tadi di Puchong, akhirnya Panda tahun 1976 ini saya trade dengan "turtle" 6309-7040 milik saya. "Kau tak sayang ke jam ni?" tanya abang Hassan..."Takpe bang, turtle saya boleh jumpa lagi kat ebay...panda ni susah sikit...kalau ada pun harganya dah mahal sangat dah..."...jawab saya balik. Sebenarnya, kalau time ni poket tebal takde fikir nak trade pun...apa boleh buat, ada benda lain yang perlu didahulukan, dan perasaan berkobar-kobar nak try chrono mekanikal dah "tak terbendung" :p Buat masa ini, Panda ni akan saya buat apa yang patut. Update akan menyusul lagi selepas ini...layan gambar-gambar dulu :)