Saya pernah menulis tentang projek ini di sini:
Kedua-duanya hanya RM150 shipped. Langsung tak pernah pakai..kira projek terbengkalai lah ni :D Berminat? Sila hubungi saya untuk proses selanjutnya.
Nato Bond ini dibeli dengan harga RM30 beserta kos Poslaju dari Sarawak. Ia agak nipis memandangkan harganya tidaklah begitu mahal. Namun masih memiliki "the look" :)
Nato band juga bermakna, kerja-kerja menukar tali jam menjadi mudah, bahkan sangat mudah. Tidak perlu lagi "kuku kambing" untuk menukarnya, yang kadang-kadang terguris juga di bahagian "lug-end", yang akhirnya mengguris juga hati. Sayang, sayang. Walaupun ia tidaklah dalam kategori mewah, namun sayang tetap sayang.
Ia bererti perlindungan juga untuk "caseback"nya dari tercalar :) bahagian tepi taklah...yang tu kalau dah tercalar, Cape Cod polishing cloth lah jawabnya :p
Bond Nato dengan Seiko Bond, satu gabungan yang mantap? Untuk saya, ya! Namun lain orang, lain citarasanya. Satu masalah dengan strap-strap sebegini, ia memerap peluh yang sudah pasti akan mengundang masalah "hygiene" kelak. Apapun, ia sangat mudah dicuci, dan cepat pula kering. Sementara yang satu lagi basah, mungkin Nato berwarna "Olive Green" atau biru pekat menjadi pilihan :)