Showing posts with label citizen. Show all posts
Showing posts with label citizen. Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

SOLD: Citizen BM6835-58E - Military


BM6835-58E - CITIZEN ECO-DRIVE 100M MILITARY milik seorang kawan untuk dilepaskan. Jam adalah berkeadaan baru memandangkan tuannya jarang memakainya. Sprecs adalah seperti berikut:

Glass: Mineral
Movement: Eco-drive
WR: 100m
Dimensi: 42mm, tebal 11mm

Gambar2 "suspek" (:p) sebenar adalah seperti berikut:

Marker oren yang stand out :)

 

Lume memamg boleh tahan

Jam memang berkeadaan seperti baru InsyaALLAH :) Berminat? Sila hubungi tuannya, Alcip di talian 016-2018363. Harga yang ditawarkan ialah RM450. Sebarang urusan peminangan boleh dibuat di nombor yang tertera di atas ya :D

Wednesday, September 05, 2012

Citizen Promaster BN0101. Nantikannya

Macam biasalah, nantikannya....:) yang pasti, value for money InsyaAllah

Thursday, July 12, 2012

Lume apa ni?


Kawan-kawan di luar sana tentu tahu lume jam mana yang dipaparkan dalam post kali ini. Kacang aje :D Jom teka :)

Tuesday, April 03, 2012

Citizen Nighthawk BJ7010-59E



Seperti yang dijanjikan pada post yang lepas, kini saya berkesempatan untuk membuat sedikit ulasan ringkas berkenaan jam ini. Tiada maklumat teknikal di sini melainkan yang brief sahaja :D


Perhatikan dial nya yang serba sibuk itu. Sememangnya, beginilah rupa jam pilot. Pada hemat saya, jam-jam pilot berjenama lain pun seakan-akan ini juga. Paling kurang, tentu didatangkan dengan slide rule. Gunanya? Untuk menyukat kadar tertentu seperti baki minyak, masa vs jarak perjalanan dan sebagainya. Saya tak guna pun :p


Signed crown menambah rupa paras pada jam ini. Terpampang logo Promaster yang agak terkenal itu. Saya yakin ia bukanlah asing bagi para peminat jam.


Caseback yang di engraved dengan detail dan cantik. Biasanya jam-jam berkos seperti ini cuma memakai cetakan laser sahaja. Nice!


Bracelet yang solid. End link pun solid! (Maaf tiada gambar, sekadar pembacaan di Google mengesahkannya)


Lagi gambar bracelet. Kali ini clasp nya.


Jam ini mempunyai satu lagi crown di bahagian kiri buat memutar slide rule. Sangat smooth. Tak terlalu ketat, tak terlalu longgar. Sedang-sedang sahaja.


Keseluruhannya, jam ini mempunyai 4 jarum. Jarum saat, jam, minit, dan 24-hour marker. Fungsi 24-hour itu adalah untuk memberitahu masa dalam format 24 jam. Juga boleh digunakan untuk fungsi dual-time. Untuk melaras jam ini, beberapa aturan perlu diikuti, dan ia tidaklah seperti jam-jam yang biasa. Perlu melaras 24-hour markernya terlebih dahulu. Selepas itu barulah jarum jam. Taklah susah sangat :)


Lume shot yang tak berapa nak menjadi :p Wajah sebenar jauh lebih baik daripada ini :) Lume adalah kebiru-biruan, berbanding kebanyakan model Seiko yang kehijauan.


Pakej lengkap Citizen semasa pembelian :)

Kesimpulannya, jam ini cantik! Berbaloi? Pada saya, ya, ia berbaloi. Dengan harga yang mampu milik, ia worth it untuk disimpan. Eco drive yang tak memerlukan bateri menambah kualiti yang sedia ada pada jam ini. Satu pembelian yang wajar :)

Untuk review yang lebih detail, sila ke:

http://quartzimodo.com/citizen-nighthawk-bj7017-50et-review/

Wednesday, March 21, 2012

Helang Malam...

Sekadar preview seperti biasa. Nantikan insyaAllah review yang lengkap bakal menyusul :) Maafkan saya kerana sejak kebelakangan jarang sekali menulis dengan agak panjang memandangkan tiada kamera buat masa ini (alasan je tu :p). Nantikan...

Monday, June 27, 2011

Citizen NY2300 Pepsi Diver

Alhamdulillah, hari sampai lagi sebuah pembelian secara tidak sengaja :p Racun-racun berupa artikel-artikel dari tempat-tempat berikut memang tiada penawar melainkan membelinya.
Jam yang menggunakan movement Miyota atau Citizen Calibre 8200 memang sudah terbukti ketahanannya. Movement yang boleh di kunci menjadi antara selling point jam ini pada saya.

Saya suka dengan jarum jam dan minitnya yang besar. Nampak sasa. Tapi faktor yang paling penting dalam pembelian ini ialah, bezel pepsinya tu.

Belakangnya biasa-biasa sahaja. Ada engraving yang sangat simple. Kalau Seiko, Tsunami tulah pemberitahu yang "aku boleh menyelam".

Muka yang yang sinonim dengan para diver dari Seiko dan beberapa model-model Jepun yang lain.

Model yang saya beli ini didatangkan dengan kotak putih sebegini. Terdapat manual dan warranty disertakan. Warranty 3 tahun tu :)

Haa, 3 tahun tu :)

Tulisan kanji pun ada. Saya masih tak fasih lagi. Jadi, buat ambil gambar sahajalah :) Buat masa ini saya berpuas hati dengan pembelian kali ini. Sekurang-kurangnya, wakil dari Citizen masih belum ada dalam koleksi saya yang tak seberapa tu.

Perhatikan saiz kedua-dua penyelam ini. SKX007 lebih besar kan? Walaupun saiznya hanyalah berbeza 2mm, namun NY2300 nampak jauh lebih kecil dek dialnya yang lebih kecil pada pendapat saya.