Nampaknya demam G-shock yang melanda sahabat saya, turut menempias ke Lembah Klang rupanya :D Apapun, seperti yang umum tahu, banyak sungguh model G-Shock di pasaran dengan harga mampu milik dan sedap dipakai. Kali ini saya nak ulas serba sedikit model asas G-shock dengan varian Tough Solar dan berwarna Olive Green Ashkar gitu :)
Asas model ini ialah dari siri 6900 yang sedikit besar, namun seperti yang saya nyatakan di atas, sedap pula dipakai. Antara faktor utama yang menyumbang kepada keselesaan itu ialah, pada pendapat saya, terletak pada beratnya. Sangat ringan :D
G-Shock ini dipadankan dengan negative display yang kelihatan cantik. Tapi agak sukar sebenarnya nak melihat waktu dengan negative display ni. Kena betul2 kan sikit angle tu supaya senang dibaca :p Tapi takpe, cantik punya hal sanggup :D Pada saya, negative display pada model G-shock G-7710 adalah lebih baik, malah kontrasnya boleh dilaraskan. Kalau yang ini tiada pilihan untuk melaras.
Untuk model asas DW-6900, sub panel yang kecik-kecik 3 bahagian tu bertindak semata-mata sebagai penanda saat. Untuk model Tough Solar, ia berfungsi sebagai penunjuk fungsi-fungsi tertentu seperti Power saving, tahap kuasa bateri (kalau dah low jemur balik), alarm, auto-el dan sebagainya.
Tulisan-tulisan yang terdapat pada muka jam ini adalah berwarna oren. Pada saya satu kombinasi yang cantik, dan mudah dibaca. Perhatikan 3 butir bintang di sebelah tulisan Tough Solar tu. Untuk model lain di dalam siri ini, ia diwakili dengan jumlah bintang yang berbeza. Model 5600 dengan 4 bintang, 7900 2 bintang, manakala model King dengan 1 bintang. Saya tak pasti sekiranya bintang-bintang tersebut membawa makna tertentu. Pada saya buat lawa sajalah :p Atau strategi Casio supaya orang beli semua model dalam siri ni supaya dapat semua bintang-bintang yang ditawarkan :p
Caseback simple yang menunjukkan no module dan serba sedikit informasi lain. Jam ini dibuat di China. Apapun, buckle nya adalah dari Jepun, negara asalnya.
Dari sudut yang berbeza
Kesimpulannya, seperti kebanyakan G-Shock lain yang terdapat banyak di pasaran, memang ia sangat-sangat value for money. Jam tak mahal, ciri-ciri banyak, tough pulak tu :) Jom beli! :p