Jam Casio Databank DBC-380 ini sudah agak lama saya mencarinya. Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya. Di kedai tempat saya membeli jam ini, tinggal satu ni sahaja. Yang Gold ada seutas lagi. Kalau ada sesiapa yang berminat hubungi saya ya untuk yang gold tu :)
Jam ini merupakan edisi re-issue daripada model yang pernah popular dahulu. Mungkin disebabkan terdapat permintaan yang berterusan, model-model yang pernah popular dikeluarkan kembali. Design yang simple sebegini sememangnya evergreen dan tak ditelan zaman.
Sesuai dengan namanya, jam ini tak lengkap rasanya tanpa fungsi databank. Dibekalkan dengan 30 slot memori, anda boleh merekodkan nombor-nombor telefon yang penting-penting di sini. Semasa zaman buku telefon kecil lah yang menjadi rujukan, fungsi jam ini sememangnya handy, dan risiko kehilangan nombor telefon agak tipis melainkan jam ini dirembat oranglah :p Saya kira, fungsi ini hampir tidak relevan lagi untuk zaman ini memandangkan telefon menjadi peranti all-in-one, termasuklah buku telefon tadi.
Fungsi alarm yang turut menjadi ciri-ciri jam ini. Ia dilengkapi dengan 5 alarm. Fungsi ini masih saya gunakan sehingga kini.
Fungsi timer nya adalah sehingga 24 jam! Hmm, saya tak pernah guna sampai 24 jam :D habis-habis pun 1 minit. Yang pasti, di setiap fungsinya pasti waktu semasa akan dipaparkan KECUALI di dalam mode databank.
Bracelet biasa-biasa saja tapi selesa. Walaupun murah, tiada elemen cincai yang kelihatan di sini, termasuklah kat tali jam ni.
Jam ini agak formal juga...jadi saya kira sesuai juga nak dibawa bekerja. Berbaloi? Berbaloi :)
Sebagai catatan tambahan, Dr Asmar DuniaJam juga mempunyai jam yang hampir sama dengan model ini. Apapun, modul nya adalah berbeza. Rupa saja hampir sama. Sila ke link berikut untuk maklumat lanjut:
Lebih klasik! Dan susah bebeno nak jumpa dah :)

