Showing posts with label vintage. Show all posts
Showing posts with label vintage. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

Seiko 6138-8020 Panda Dalam Pegangan





Dalam pertemuan dengan Abg Hassan Detik12 malam tadi di Puchong, akhirnya Panda tahun 1976 ini saya trade dengan "turtle" 6309-7040 milik saya. "Kau tak sayang ke jam ni?" tanya abang Hassan..."Takpe bang, turtle saya boleh jumpa lagi kat ebay...panda ni susah sikit...kalau ada pun harganya dah mahal sangat dah..."...jawab saya balik. Sebenarnya, kalau time ni poket tebal takde fikir nak trade pun...apa boleh buat, ada benda lain yang perlu didahulukan, dan perasaan berkobar-kobar nak try chrono mekanikal dah "tak terbendung" :p Buat masa ini, Panda ni akan saya buat apa yang patut. Update akan menyusul lagi selepas ini...layan gambar-gambar dulu :)

Monday, April 18, 2011

Seiko 6309 7040 Dengan Z22

Kali ni nak try turtle ni dengan Z22 jugak, tengok macam mana. Nato strap memang selesa, tapi leceh juga bila tangan basah, especially lepas ambil wudhuk. Z22 ni sarung aje walau tengah basah2 tangan tu :)

Z22 ni kelihatannya macam yang aftermarket punya. Used, dan agak keras. Saya ambil cecair pelembut getah yang biasa orang pakai untuk power window yang tersekat-sekat tu, dan apply ke seluruh tali tu. Alhamdulillah, menjadi. Tali jadi lembut, warna pun naik.

Latarbelakang lain pulak

Latarbelakang ni memang kena dengan tema...jam vintage, kereta pun vintage! ;)

Wednesday, April 06, 2011

Seiko 7002 Orange Dial Untuk Cikgu Bakar

Alhamdulillah, jam Seiko 7002 yang dipesan Cikgu Bakar dari Dungun sudah selamat sampai di tangan saya dari Filipina. Jam ini dah fully restored to perfection, movement serviced, dan dive worthy! Boleh menyelam dengan jam ni walau sudah berusia 25 tahun! Mudah-mudahan Cikgu Bakar gembira dengan pembelian ini, InsyaALLAH. Two thumbs up to loyswatch dari ebay.com :)