Nota: Semua gambar-gambar adalah milik penjual di ebay, Mr Loy dari Filipina.
Satu tangkapan terbaru yang belum tiba...dalam perjalanan dari Pasig City, Filipina. Mr Loy yang mempunyai reputasi tersendiri yang sememangnya di forum-forum antarabangsa, menjadi pilihan sebagai penjual pada kali ini. Apa yang menariknya, penjual claim yang jam ini masih water resistant :) Nampaknya bolehlah berenang dengan jam ini.

Case yang telah dipolish keseluruhannya menaikkan seri jam ini. Sememangnya saya menggemari jam-jam yang nampak baru sebegini.
Enjinnya telah diservis. Lihat sahaja casenya itu...macam baru! harapnya bukan indah khabar dari rupa.

Dial asal telah digantikan dengan aftermarket dial bertulis scubapro. Begitu juga hands set nya yang telah ditukar dengan parts aftermarket yang menyerupai dengan apa yang terdapat pada atuknya yang lebih tua, Seiko 6105.

Didatangkan dengan tali getah aftermarket Z22. Harap-harapnya tidak keras seperti seiko Z22 yang tulen. Susah-susah, padankan saja dengan Nato atau Zulu :) Lagi sedap dipakai. Keseluruhan jam nampak cantik pada pandangan mata saya. Tidak sabar menanti abg posmen membawa khabar gembira sedikit masa lagi. Apapun, ini adalah pembelian kedua saya dari Mr Loy. Pegalaman pembelian pertama memang sangat positif, Seiko 7002 berdial oren :)