Friday, July 07, 2006

Lagi tentang Sataydiy.com

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, hari ni kami dapat postkan sample Satay D.I.Y yang kawan-kawan dah order tu...maaflah sebab ambik masa yang lambat sikit, saya sebenarnya tengah kelam-kabut dengan macam-macam interview, tambahan pulak anak saya tengah demam. Apapun, kami tetap komited dengan kawan-kawan semua. Semoga sokongan yang diperolehi ini dapat meningkatkan semangat kami untuk terus lebih gigih berusaha :-)

Sebenarnya, Satay D.I.Y tu bukan saja untuk buat satay, nak buat ayam goreng berempah pun boleh gak ;-) maklumlah, tak semua orang nak buat satay sendiri kan? tambahan pulak keje-keje buat satay ni leceh sikit. Tapi percayalah IA BERBALOI! Apa lagi kalau menggunakan Satay D.I.Y kami ;-) Oh ya, tentang ayam goreng berempah tu, just lumur je rempah tu dengan ayam yang mentah yang telah digaul dengan sedikit kunyit, halia, lengkuas dan garam. Untuk lebih detail, sila dapatkan sample Satay D.I.Y percuma kami di www.sataydiy.com Sila-silalah :-)

Tuesday, July 04, 2006

Sambutan terhadap Sataydiy.com

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Hari dah hari hari kedua Sataydiy.com dilancarkan. Sambutan? Hmm, Alhamdulillah, bolehlah untuk orang-orang baru macam saya ni. Semoga ia terus berjalan lancar :-)
Sebenarnya semalam saya menghadiri satu temuduga di Petaling Jaya sebagai seorang Akauntan. Alhamdulillah, ALLAH memperkenankan permintaan saya dan saya akan memulakan tugasan bermula hari Isnin ini. Tanggungjawab saya agak berat sebenarnya, sama seperti tugasan saya semasa di Jeddah, Arab Saudi. Namun, saya pinta kepada ALLAH agar ditunjukkan jalan dan segala kesusahan dapat dirungkaikan. Maklumlah, sepandai atau sebijak manapun kita, kita tetap perlu kembali kepadaNYA. Kalau DIA tak izinkan, memang tak bolehlah. Begitulah resam kita sebagai hamba sebenarnya, kita perlu sentiasa meminta dan meminta kepadaNYA...dan DIA suka kepada hamba yang merayu dan merintih padaNYA :-)
Jumpa lagi! :-)

Monday, July 03, 2006

Sataydiy.com sudah dilancarkan hari ini

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Apa khabar kawan-kawan semua? Hari ni saya dah lancarkan www.sataydiy.com secara rasmi. Hmm, sebenarnya memang banyak kekurangan di mana-mana, tapi saya akan perbaiki sedikit demi sedikit, berdasarkan feedback dari kawan-kawan mahupun saya sendiri. Jadi, jemput-jemputlah, jangan malu-malu. Nak komen membina pun sangat dialu-alukan :-) Doakan saya ye. Ni saya ada sedikit shot dari gerai satay dan sup kami di Klang. Kawan-kawan boleh dapatkan maklumat lanjut di www.sataydiy.com/produk.htm.



Sunday, July 02, 2006

Alhamdulillah...aku masih bernafas lagi

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada semua. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana kita masih lagi boleh bernafas dalam oksigen kurniaan DIA, yang menjadikan segala-galanya. Semoga semakin hari semakin kuat kita mengingati DIA, semakin basah pulak lidah kita menyebut namaNYA. Amin.
Tentu kawan-kawan dah lihat post saya semalam tentang Google Adsense kan? Macam mana, menarik tak? Hmm, kalau kawan-kawan nak tahu, saya dah dapat kawan baru lagi dalam dunia Adsense. Orang panggil dia Alang. Macam RajaAdsense, dia ni pun orang lama jugak...duit hasil Adsense jangan ceritalah, BANYAK :-) Cemburu tengok kejayaan mereka ni dalam Adsense ;-) Sebenarnya, kita pun boleh ikuti jejak langkah mereka. MACAM MANA? Haa, bak kata Irfan Khairi (www.rahsiainternet.com) kita cuma perlu follow exactly apa yang mereka yang telah berjaya buat...lepas tu kita adjust sikit-sikitlah :-) By the way, kawan-kawan boleh dapatkan tip-tip yang berguna dari saudara Alang kita di www.szab.net/blog/. Jangan lupa bookmark ye :-) Ni kalau saudara Alang nampak nih mesti dia nak belanja saya makan...Hehe, gurau je Alang ;-)
Oklah, rasanya setakat ni dululah. Kalau kawan-kawan sekadar nak cuba-cuba Adsense ni, saya boleh terangkan tip-tip secara ringkas di post yang akan datang. Namun, kalau kawan-kawan betul-betul berminat nak dapatkan pendapatan sampingan melalui Internet secara serius, sila klik Panduan Google Adsense di column link hasil RajaAdsense, InsyaALLAH, kandungannya memang bermanfaat dan berwibawa. Jumpa lagi :-)

Saturday, July 01, 2006

Jana pendapatan tanpa modal di Internet

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Hari ni tulis Bahasa Melayu pulak, sebagai membuktikan yang Bahasa Melayu tak pernah dilupakan :-) English tu untuk improve my English je. Hmm, percaya tak kalau saya cakap kita sebenarnya boleh jana income dari Internet tanpa modal? YA, tanpa modal satu sen pun (Err, tak termasuk bil Internet ye...tang tu memang kena bayar ;-)) Sebenarnya memang boleh...anda pernah tak dengar tentang Google Adsense? Biasanya dia berbentuk macam ni:



Alamak, kecik sangatlah. Ni contoh dari Blog saya sendiri. Takpe, cuba tengok yang ni pulak:


Haa, nampak dah kan?? Ini shot dari website kawan saya, RajaAdsense. Itulah yang dinamakan Google Adsense. Kawan-kawan mesti pernah nampak benda ni kat mana-mana kan? Cuba ingatkan...
Kawan-kawan tahu tak, setiap klik pada link-link tu akan memberikan $$$ kepada pemilik website berkenaan? Itulah yang menariknya tentang Google Adsense ni. Kita boleh menjana pendapatan setiap kali klik dibuat. Ia lebih dikenali dengan Pay Per Click atau PPC. Persoalan yang timbul, macam mana Google boleh bayar kita pulak kan? Banyak betul duit Google nak bagi duit macam tu je, dengan KLIK aje pulak tu. Hmm, sebenarnya, Google bukan bayar dengan duit dia, tapi dengan duit pengiklan tu. Kira Google ni macam orang tengahlah. Setiap kali orang KLIK link tu, pengiklan akan bayar kepada Google dan Google pulak akan bagi sedikit dari duit tu kepada kita.
Berapa yang saya dah dapat? Untuk pengetahuan anda, masa tu saya langsung tak tahu pasal Adsense ni, apatah lagi cara nak maximize profit daripada Google Adsense. Tu yang sikit sangat tu. Jadilah buat tambah semangat :-) Nak tau berapa? Hehehe...USD0.34....
Sebenarnya, saya pun masih belajar cara-cara nak maximizekan profit dari Adsense ni. Yelah, Sataydiy.com pun ye jugak, yang Adsense pun ye jugak. Kesempatan yang baik macam ni, jangan dilepaskan. Oh ya, untuk rujukan tentang Google Adsense berbahasa Melayu, boleh klik kat Panduan Google Adsense kat sebelah tu, bawah column Links, di bawah "Panduan Bina Laman Web". Tu website kawan saya, RajaAdsense tulah. Nama sebenar dia Shamsuriyadi, oghang Teghanu kite. Pengalaman beliau memang banyak, pitih dari Adsense pun boleh tahan ;-) Apapun, Selamat Membaca Bersama-sama :-)