Thursday, June 02, 2011
SOLD: Casio G-Shock Riseman
Wednesday, June 01, 2011
Jam Ini NASA Certified :) G-Shock DW-5600E

Tak mahal mana pun jam ini. Tapi yang istimewanya, NASA certified jam ini untuk ke space! Reason ini dah cukup kuat untuk saya melaburkan RM200 lebih sikit untuk membelinya dan jadikan koleksi :)

Fungsi jam ini memang sangat asas. Terhad kepada Alarm, Timer dan Stopwatch. Untuk lain-lain varian, beberapa fungsi tambahan seperti World Time turut disertakan. Saya sengaja memilih model yang asas ini, atas sebab yang telah saya nyatakan di atas. Jam ini bakal menjadi "beater watch" saya. Tak perlu takut calar atau resin casenya rosak masa menebas rumput atau membaiki motosikal :p

Model asas ini tertera perkataan "Illuminator" di bawah tulisan Casio. Untuk model-model lain, apa yang tertulis adalah berbeza-beza. Apapun variannya, ia tetap bersiri 5600, dan pada saya, sangat berbaloi untuk dimiliki.
Sunday, May 15, 2011
Classic Casio Databank Calculator Watch DBC610
Jam ini saya beli kembali minggu lepas. Beli kembali? Ya, beli kembali. Jam ini pernah saya pakai sepanjang tahun 1997-2000. Dapat masa Form 4, dan hilang masa ambik wudhuk di masjid UIA PJ. Diletakkan bersama-sama spek...selepas wudhuk, spek ada, jamnya yang tiada :p Memang agak frust sebab sayang sangat jam tu. Tambahan, pemberian dari ibu bapa masa pulang bercuti dari MRSM Kuantan. Jam yang pelik-pelik sebegini seakan-akan komputer mini memang menarik minat saya sehingga kini. Masa mencari-cari jam Casio apa yang nak dibeli untuk koleksi, jam databank ini terpampang...lantas terus di paypal kan :) Selepas 2 hari, jam pun tiba dari bumi Temasek yang sememangnya dikenali sebagai hub jam dunia. Maklumat lanjut berkenaan jam ini akan saya paparkan sedikit masa lagi.
Monday, May 09, 2011
Casio Protrek?

Ish, berhantu betul main jam ni...Protreklah pulak sekarang...apa yang best sangat dengan jam ni? Bagaimanapun, ini adalah model PRG-240B-2 dengan tali resin+cloth (nylon). Memang selesa memakainya walaupun besar. Nantikan pendedahannya selepas ini :)
Sunday, May 01, 2011
Sessi Bergambar Bersama
Dari kanan: Casio CPW-310 (Qiblat & Waktu Solat), Alfajr (Jam Waktu Solat), Orange Monster, dan Stargate
Labels:
alfajr,
casio,
hijri calendar,
prayer time,
seiko,
skx781k2,
skz325k2,
solat
Subscribe to:
Posts (Atom)