Tuesday, October 18, 2011

Yang Dinantikan Sudah Tiba

Alhamdulillah, perjalanan yang jauh dari Utara dan Selatan tanahair telah selamat tiba dengan jayanya. Hadirnya memberi kegembiraan di kala diri ini serabut dengan permasalahan kerja :) Terima kasih kepada DJ dan Sah_kul atas barang-barang ini. InsyaAllah, preview akan menyusul kemudian.

Monday, October 17, 2011

For Sale: Casio Databank/Calculator

InsyaALLAH, condition memang macam baru. RM125 :) SOLD

Sepertimana di atas, yang ini pun macam baru. InsyaALLAH, puas hati kondisinya. RM80 :)

Paparan lengkap akan menyusul nanti, InsyaALLAH. Harga BDR :)

Thursday, October 13, 2011

Exploring Royal Belum Bersama Casio Kiblat

Inilah jam yang menjadi peneman setia sepanjang berada di boat house Royal Belum selama 3 hari 2 malam. Segala perhubungan dengan dunia luar terputus dek langsung tiada "line" telefon...internet lagilah...Terbukti, ia sangat-sangat berguna dengan kompas kiblat yang setia menunjukkan arah dalam keadaan keadaan boat house yang kadang-kala berubah.

Sempatlah menyaksikan kecantikan bunga Rafflesia yang tak berapa besar ni...janji Rafflesia.

Jam ini juga sesuai dibawa semasa memancing toman...(bukan ikan saya, bergaya aje :p) Ini penting untuk mengingatkan diri supaya jangan leka sangat sampai melewati waktu solat. Setiap waktu solat, jam ini akan berbunyi buat menanda waktu.

Sempat juga kami berakit, dan bermain-main di tasik. Aktiviti air juga tiada masalah dengan jam ini. WR50M..jadilah :)

Friday, October 07, 2011

SOLD-Casio Protrek PRG-130-1VDR

Saya bercadang untuk menjual jam Protrek ini akhirnya, dalam usaha untuk memiliki Seiko 6309-7040. Atau kalau anda ada yang cun-cun tu, nak trade pun ok :)

Keadaan jam masih kelihatan seperti baru. Belum pernah jam ini dibawa ke hutan atau trek berlari, atau ke tengah laut atau tasik untuk memancing. Ya, ia ada ciri-ciri water tide function, yang boleh memberitahu pasang-surut air.

3 butang untuk mengaktifkan fungsi altimeter, barometer dan compass. Jam ini WR 200M...bolehlah dibawa berenang kalau mahu :)

Simbol kebanggaan Protrek, gunung!

Jam akan didatangkan dengan kotak-kotak asal, manual yang sangat tebal dan warranty card. Harga? RM550 saja...boleh runding lagi :) InsyaALLAH, puas hati membeli, puas hati memakai.

Tuesday, October 04, 2011

Casio Data Bank DBC-610

Casio Data Bank DBC-610 adalah di antara jam-jam yang saya minati sejak zaman persekolahan lagi. Semasa Tingkatan 4, ayah memang ada belikan jam ini untuk saya. Ia bertahan sehingga tahun ke-2 saya di Universiti. Ketika itu saya membuka jam untuk mengambil wudhuk solat Zuhur Masjid UIA PJ. Jam yang diletakkan di sebelah cermin mata, hanya berada di sebelah saya. Selesai wudhuk, hanya cermin mata yang masih tinggal. Jam dah lesap...

Semasa membuat window shopping di laman web online yang menjual jam, mata saya segera menangkap model ini, dan kenangan lama mengimbau kembali. Di sebabkan jam inilah pernah suatu hari saya ter set world time dengan waktu Wellington menjadi panduan secara tidak sengaja. Saya jadi manusia paling awal bersiap, solat Subuh, sarapan dan masuk ke kelas. Di sangka sudah 6.30 pagi rupa-rupanya baru 5 lebih pagi...penangan! Jam ini wujud lebih awal berbanding Nokia 3310 dan Butterfly di atas...hehehe

Di back casenya jelas kelihatan yang jam ini dikilangkan di Thailand. Slim.

Tali besi yang tidak bersambung...adakalanya saya berharap agar bracelet jam ini bersambung...terutama selepas jam lesap beberapa tahun sebelumnya.

Lampu ayam! Hehehe...masih berupaya dibaca dengan terang di dalam gelap.

Pandangan sisi kiri

Pandangan sisi kanan pulak

Jam Data Bank yang masih saya pakai untuk ke pejabat. Ringan, dan mudah diselinap dihujung lengan baju yang berkancing. Kesimpulannya, jam ini memang best! Harga pun tak mahal...jom. beli :)