Seperti yang dijanjikan pada post yang lepas, kini saya berkesempatan untuk membuat sedikit ulasan ringkas berkenaan jam ini. Tiada maklumat teknikal di sini melainkan yang brief sahaja :D
Perhatikan dial nya yang serba sibuk itu. Sememangnya, beginilah rupa jam pilot. Pada hemat saya, jam-jam pilot berjenama lain pun seakan-akan ini juga. Paling kurang, tentu didatangkan dengan slide rule. Gunanya? Untuk menyukat kadar tertentu seperti baki minyak, masa vs jarak perjalanan dan sebagainya. Saya tak guna pun :p
Signed crown menambah rupa paras pada jam ini. Terpampang logo Promaster yang agak terkenal itu. Saya yakin ia bukanlah asing bagi para peminat jam.
Caseback yang di engraved dengan detail dan cantik. Biasanya jam-jam berkos seperti ini cuma memakai cetakan laser sahaja. Nice!
Bracelet yang solid. End link pun solid! (Maaf tiada gambar, sekadar pembacaan di Google mengesahkannya)
Jam ini mempunyai satu lagi crown di bahagian kiri buat memutar slide rule. Sangat smooth. Tak terlalu ketat, tak terlalu longgar. Sedang-sedang sahaja.
Keseluruhannya, jam ini mempunyai 4 jarum. Jarum saat, jam, minit, dan 24-hour marker. Fungsi 24-hour itu adalah untuk memberitahu masa dalam format 24 jam. Juga boleh digunakan untuk fungsi dual-time. Untuk melaras jam ini, beberapa aturan perlu diikuti, dan ia tidaklah seperti jam-jam yang biasa. Perlu melaras 24-hour markernya terlebih dahulu. Selepas itu barulah jarum jam. Taklah susah sangat :)
Lume shot yang tak berapa nak menjadi :p Wajah sebenar jauh lebih baik daripada ini :) Lume adalah kebiru-biruan, berbanding kebanyakan model Seiko yang kehijauan.
Pakej lengkap Citizen semasa pembelian :)
Kesimpulannya, jam ini cantik! Berbaloi? Pada saya, ya, ia berbaloi. Dengan harga yang mampu milik, ia worth it untuk disimpan. Eco drive yang tak memerlukan bateri menambah kualiti yang sedia ada pada jam ini. Satu pembelian yang wajar :)
Untuk review yang lebih detail, sila ke:
http://quartzimodo.com/citizen-nighthawk-bj7017-50et-review/
Untuk review yang lebih detail, sila ke:
http://quartzimodo.com/citizen-nighthawk-bj7017-50et-review/








