Friday, May 31, 2013

SOLD: Seiko Monster Hitam SKX779


Untuk dilepaskan ialah seutas Seiko Black Monster SKX779 yang berkeadaan baik. Saya rate monster ni pada kondisi 8/10. Set didatangkan lengkap dengan kotak, manual dan lebihan link. 


Masih hensem :) Terdapat sedikit calar pada bezel.


Caseback juga masih cantik dengan kesan calar yang agak minimum.


Terdapat kesan-kesan calar di bracelet yang insyaALLAH boleh diminimalkan dengan penggunaan brushed pad. tapi personally, tak brush pun takpe, sebab tak seteruk mana. Tuan punya asal tak gunakan jam ini untuk aktiviti lasak sebaliknya dipakai ketika ke pejabat dan casual sahaja. Dive pun tak pernah :p


Kesan desk diving...insyaALLAH boleh diminimakan dengan brushed polishing tadi.


Di sini juga terdapat kesan calar yang minimum. InsyaALLAH, tak mencacatkan pandangan mata :D

Berminat? Sila SMS/call/whatsapp 019-3799160 untuk pertanyaan lanjut. Sepertimana diterangkan di atas, kotak dan manualnya disertakan. Harga? RM450 sahaja :) 1st come 1st serve basis ya :)

Telah dijual :) Terima kasih




Monday, May 27, 2013

SOLD: Casio G-Shock GW-M5610BC-1JF







Casio G-Shock GW-M5610BC-1JF model JDM yang lengkap dengan kotak dan manual dalam bahasa Jepun. Keadaan jam adalah sangat memuaskan, dan saya menganggarkan 9/10 untuk kondisi fizikalnya. jam ini berupayaan atomic sync, yang saya ada terangkan di sini:

http://walikard.blogspot.com/2013/02/wave-ceptoratomic-sync-kini-berfungsi.html

Real field testing, Sg Petani, Kedah, Shah Alam dan Klang, Selangor berjaya menerima signal dengan baik tanpa fail sejak hari pertama dibeli.

Harga yang ditawarkan ialah RM550, boleh dirunding :) Berminat? Telefon/SMS/Call 019-3799160 untuk urusan pinangan :D

Sunday, May 12, 2013

Orient Ray Biru

Agak jarang cerita pasal Orient ni kedengaran. InsyaAllah, sedikit masa lagi saya cuba siapkan sedikit ulasan berkenaan jam ini. Kalau Seiko terkenal dengan diver skx nya, maka Orient Mako dan Ray adalah equivalent nya :) Nantikannya...

Sunday, April 21, 2013

Seiko SBBN007 Tuna - New Facelift


Alhamdulillah, setelah agak lama menanti, Tuna yang dinanti muncul jua dengan rupa baru yang di inspired dari forum-forum antarabangsa.


Gambar di atas ialah rupa asal jam ini. Braceletnya dari jenis anvil saya beli berasingan dari yobokies.com. Sangat selesa dipakai walaupun sedikit berat. Linknya yang kecil-kecil mengikut bentuk tangan, seperti jubilee bracelet juga. Worth investment, dan kena pada Tuna tu. Meant to each other? Hehe


Sempatlah berposing di tepi laut sebelum jam di hantar untuk proses make-over :) Saya menempah cermin dome sapphire dengan AR coating dan insert bezel original dari SKX007. Kedua-duanya juga dibeli dari yobokies.com. 


Siap akhirnya :) Alhamdulillah :) Seterusnya biar gambar-gambar sahaja yang berbicara :D




Maaf glaring yang sedikit menggangu gambar. Perhatikan tulisan kanji tu. Walaupun saya tak faham bahasa Jepun, tulisan tu bermakna Ahad sebab warna dia merah :D


Caseback standard dengan lambang Tsunami yang menjadi trademark Seiko sejak sekian lama.


Case yang terjaga rapi oleh shroud nya. Asalnya adalah bead blasted. Namun telah di refinish dengan brushed finishing yang saya lebih gemari


Gambar movementnya. Movement ini adalah dari jenis 7C46, high torque dengan 7 jewels. Setiap bateri mampu bertahan selama 5 tahun, InsyaALLAH.


Kesimpulannya, dengan kos dan penantian yang sedikit lama, ianya sangat-sangat berbaloi. Hasil kerja berkualiti tinggi turut menjadi faktor kepuasan hati. Senyum :)

Monday, April 01, 2013

Jam Masa Depan?

Jam apakah ini yang mampu memaparkan data-data sebegini? Tunggu... Sedikit overview bakal menyusul :)