Salam Maal Hijrah 1435 :) Mudah2an tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya... Bertambah amal dan darjat di sisi Allah SWT, amin, insyaAllah. Untuk post kali ini, seorang sahabat ingin melepaskan jam Seiko SKX007J yang berkeadaan baik. Kesan calarnya minimal dan boleh diatasi dengan sedikit polishing. Ingin dilepaskan pada harga RM750 nego. Berminat? Hubungi saudara Fairul di talian 012-4469560. Boleh COD Shah Alam atau Poslaju.
Tuesday, November 05, 2013
Monday, October 21, 2013
Sunday, September 22, 2013
Seiko Spirit SCVS015
Jam milik seorang rakan, yang juga seorang peminat jam tegar :) Jam yang telah lama discontinued ini sukar ditemui. Kalau ada pun yang telah digunakan sepertimana jam ini. Namun memandangkan tuan asalnya seorang yang cermat, jam ini masih berkeadaan baik. Perhatikan jarum jam yang putih seperti kapur, dan latar belakang hitam yang kontras dan senang dilihat. Satu kombinasi yang baik.
Signed crown berlogo "S"...antara faktor menarik jam-jam dalam siri Presage, Spirit dan SARB. Kemas dan berkualiti tinggi. Sekiranya jam ini buatan Swiss, sudah pasti harganya jauh lebih tinggi berbanding harga asal jam ini.
Pandangan sisi kiri jam ini. Keseluruhan finishing case jam ini ialah polished. Bersesuaian dengan tema jam dress.
Jam ini didatangkan dengan tali kulit yang lembut dan juga berkualiti tinggi. Buckle Seiko juga agak tebal, dan berkualiti tinggi.
Pandangan dari sisi kiri sekali lagi...kali ini polished finishing ini nampak lebih menyerlah.
Jam ini dipadankan dengan sapphire glass yang lazimnya menjadi ciri-ciri utama jam-jam dress mid range Seiko. Secara keseluruhan, jam ini sememangnya menarik dan minimalist. Sebagai jam dress, ia sememangnya menepati tema.Adakah ia berbaloi untuk dimiliki? Dengan ciri-ciri yang telah diteangkan di atas, dan kesukaran mendapatkan model ini, ya, ia memang berbaloi :)
Tuesday, August 27, 2013
Orient M-Force Yang Kuning: EL03005Y
Lain yang dicari, lain pula yang dibeli..itulah yang berlaku kepada saya beberapa hari yang lepas. Hajat di hati membeli jam loceng Orient jenis klasik tu...sekali bawak balik 2 Orient...termasuk Orient yang kuning ini :)
Pertama kali saya melihat model ini di blog Yeomanseiko, di link berikut:
Memikirkan yang model-model baru sebegini pastinya akan lambat memasuki Malaysia, saya relax kan aja diri ini, dan taklah berusaha mencarinya selepas usaha menjejakinya secara online menemui jalan buntu. Apapun situasi berubah setelah saya berkunjung ke "port" biasa untuk membeli jam loceng yang dihajati. Ada pulak di melambai di situ....
Bentuk case yang mempunyai 2 jenis finishing...brushed/satin di bahagian tepi...manakala polished di bahagian yang lain pula....kombinasi yang selalu ada pada jam-jam Jepun terutama Seiko dan Orient memang memuaskan hati.
Di datangkan dengan sapphire crystal, sememangnya features yang janggal sekiranya ada peminat tegar Seiko diver. Plus point untuk jam ini pada saya. Apapun Hardlex yang digunakan Seiko mempunyai kelebihannya tersendiri.
Crown dengan lambang Orient, berserta line merah di situ. Persis Seiko Stargate. Drilled lug memudahkan kerja-kerja penukaran tali. Apapun, lug width nya adalah agak ganjil, iaitu bersaiz 23mm. Namun setelah dicuba, tali bersaiz 24mm juga boleh digunakan tanpa perlu modified apa-apa.
Tali getah yang didatangkan bersama jam ini agak lembut dan selesa. Apapun untuk skinny wrist mcm saya, sememangnya ia akan terjulur keluar, sama sahaja seperti Seiko Z20/Z22 yang terkenal itu.
Antara faktor penarik jam ini selain dari dial kuningnya itu ialah, terdapat Power Reserve indicator di situ...sangat handy, dan unik. Trademark Orient ini sememangnya tersendiri dan welcoming additional feature ini seolah-olah ekslusif kepada Orient sahaja dalam kategori harga sebegini.
Haribulan di kedudukan no 4, sejajar dengan crown yg berada di kedudukan yang sama. Terpampang tulisan M-Force berwarna merah di kedudukan no 9.
...Lagi gambar close-up yang tak berapa nak close :p
Caseback yang simple...Made In Japan yang mahal tu :)
Antara jam yang berbaloi dimiliki pada saya. Dengan harga yang kurang sedikit berbanding Seiko Sumo, anda boleh memiliki diver yang berkebolehan hack and wind, power reserve indicator dan sapphire glass. Nak diver kuning? Carilah Orient M-Force kuning ini :)
Saturday, June 22, 2013
SOLD: Seiko SRP043K1 aka Spork
This discontinued piece need no more introduction. Kawan-kawan mengetahui akan "ke-legend-nannya" lebih dari saya :D Kondisi yang sangat memuaskankan hati. Saya kira dari pandangan mata sendiri, ia sekitar 9/10. Memuaskan hati InsyaALLAH.
Caseback yang almost tiada kesan calar.
Kristal yang juga tidak calar. Sepertimana Seiko diver yang lain, Hardlex turut digunakan pada Mighty Spork ini.
Bracelet yang solid, sesuai dengan karekter Spork yang nampak gagah itu. Juga dengan kesan guna yang amat mininal. Set ini lengkap dengan kotak dan manual :)
Berminat? Hubungi Azam di talian 019-2212688 untuk urusan peminangan. Harga yang ditawarkan ialah RM1,250 nego. Jam berada di Klang, Selangor. Pinang cepat sebelum terlambat :D
Subscribe to:
Posts (Atom)





















