Saturday, December 31, 2011

G-Shock DW-6900 Klasik..Tetap Relevan di Mata

DW-6900 ni saya kira antara model G-shock yang masih dikeluarkan sehingga ke hari ini. Masih relevan dengan peredaran zaman. Bahkan banyak pula versi berwarna-warni yang kerap dikenakan golongan muda remaja.

Basic, dan semestinya ringkas. Cemerlang memberitahu masa dengan digit-digit yang besar, di samping paparan tarikh dan harinya.


Ada juga yang gelarkannya dengan "3 eyes" disebabkan 3 sub-faces seperti di dalam gambar.

Seperti kebiasaan, illuminator G-shock memang tak mengecewakan. Setiap tekanan untuk mengaktifkan illuminator akan bertahan 3 saat. Cukup lama untuk mengamati masa ketika di dalam gelap.

Cuma, yang menjadi sedikit kegusaran, model-model reissue yang baru ini didatangkan dengan buckle plastik yang tampak tidak kukuh. Namun berdasarkan pembacaan di sub-forum G-Shock Watchuseek, ia sememangnya kukuh...dan G yang mewakili ketahanannya tetap sama. Harga? Memang tak mahal :) Jom beli (dekat kedailah) :)

Tuesday, December 20, 2011

Casio G-Shock G-7900

Nampaknya 2 3 posting saya sejak kebelakangan ini didominasi oleh jam-jam plastik yang sangat popular ini. Kali ini G-7900 pula yang menjadi pilihan saya untuk dipakai dan dijadikan koleksi. Walaupun tak mahal, namun hati tetap puas memilikinya. Value for money? Sudah semestinya :) Untuk berkecimpung dalam hobi ini, tidak semestinya dengan jam-jam yang mahal sahaja. Bahkan untuk kebanyakan masa, mengikut pengalaman sendiri, jam-jam berharga tetapi murah inilah yang menjadi pilihan untuk di pakai. Apapun, InsyaAllah, saya akan cuba untuk buat liputan secara lebih menyeluruh di lain masa. Mudah-mudahan diperkenankan.

Thursday, December 08, 2011

Underrated G-Shock

Casio G-Shock G-2900 merupakan antara G-Shock yang jarang-jarang diperkatakan, melainkan sebilangan dari WIS yang mengikuti perkembangan jam yang terbukti lasak ini. Alarm dengan text display dan E- Data Memory adalah fungsi yang paling banyak disebut-sebut. Atas sebab itu jugalah jam ini berada dengan saya sekarang. InsyaAllah, lebih banyak gambar-gambar akan menyusul kelak.

Tuesday, November 29, 2011

SOLD: Orient Open Heart-Offer RM300!

Offer price, RM300 sahaja :) Untuk maklumat lanjut tentang jam ini, sila rujuk posting saya sebelum ini di sini:


Berikut ialah video tentang jam ini:


Jangan segan-segan nak hubungi saya ya :)

Sunday, November 27, 2011

SOLD: Samsung Galaxy Spica i5700-Bukan Jam

Untuk dijual ialah sebuah handphone Android Samsung Galaxy Spica i5700, rooted dan buat masa ini dijana oleh Android 2.2.1 Froyo. Maaf, kali ini bukan pasal jam.

Handphone berkeadaan memuaskan, hampir tiada calar kecuali di bahagian bawahnya, akibat casingnya. Gambarnya ada dipaparkan di bawah.

Di jana dengan Android 2.2.1 Froyo. handphone ini menggunakan enjin 800mhz, dengan 180MB memory. Kedengaran sedikit, tetapi dengan root, hampir semua installation program adalah di di dalam external memory card, iaitu micro sd. Memory card yg disertakan hanya 256MB sahaja.

Pandangan sisi kanan.

Pandangan sisi kiri

Sebagaimana diterangkan di atas, terdapat kesan calar di bawah handphone ini, yang disebabkan casingnya, bukan kesan jatuh atau terhentak.

Battery door yang masih cantik

Warna yang dijana oleh handphone ini memang cantik. Turut menyokong fungsi multi-touch setelah di root.
Paparan muka menggunakan GO Launcher EX yang "ringan" dan lebih lancar.

Pakej yang disertakan ialah handphone, casing, original Samsung charger, dan original Samsung USB cable.

Ingin dilepaskan pada harga RM380 sahaja. Hubungi saya untuk kerja-kerja jual beli :)

Dapatkan specs nya di sini:


Review: