Monday, November 25, 2013
SOLD: Seiko 5 Submariner Gold
Untuk dijual, seutas Seiko 5 Submariner Gold yang masih mulus keadaannya. Hanya jam sahaja tanpa kotak. Berminat? Sila call/sms/whatsapp 019-3799160 untuk urusan jual beli. RM250 sahaja :)
Wednesday, November 06, 2013
SOLD: Tudor Prince Oysterdate
Seutas Tudor Prince Oysterdate untuk dijual. Vintej, namun masih berfungsi dengan cemerlang. Di jana kaliber ETA 2873, cermin aklirik (tidak pasti samada yg asal atau aftermarket), dan sebagaimana yang dinyatakan oleh Sifu Andy (watchmaker yang terkenal di kalangan penggemar jam, vintej terutamanya), dial dan hands nya adalah masaih yang asal. Bracelet adalah aftermarket. Berminat? Telefon/SMS 019-3799160. RM1,850 boleh runding. SOLD. COD Klang/Shah Alam. Terima kasih rakan-rakan :)
Cun jugak dengan tali kulit :)
Tuesday, November 05, 2013
SOLD: SKX007J dengan Oyster Bracelet
Salam Maal Hijrah 1435 :) Mudah2an tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya... Bertambah amal dan darjat di sisi Allah SWT, amin, insyaAllah. Untuk post kali ini, seorang sahabat ingin melepaskan jam Seiko SKX007J yang berkeadaan baik. Kesan calarnya minimal dan boleh diatasi dengan sedikit polishing. Ingin dilepaskan pada harga RM750 nego. Berminat? Hubungi saudara Fairul di talian 012-4469560. Boleh COD Shah Alam atau Poslaju.
Monday, October 21, 2013
Sunday, September 22, 2013
Seiko Spirit SCVS015
Jam milik seorang rakan, yang juga seorang peminat jam tegar :) Jam yang telah lama discontinued ini sukar ditemui. Kalau ada pun yang telah digunakan sepertimana jam ini. Namun memandangkan tuan asalnya seorang yang cermat, jam ini masih berkeadaan baik. Perhatikan jarum jam yang putih seperti kapur, dan latar belakang hitam yang kontras dan senang dilihat. Satu kombinasi yang baik.
Signed crown berlogo "S"...antara faktor menarik jam-jam dalam siri Presage, Spirit dan SARB. Kemas dan berkualiti tinggi. Sekiranya jam ini buatan Swiss, sudah pasti harganya jauh lebih tinggi berbanding harga asal jam ini.
Pandangan sisi kiri jam ini. Keseluruhan finishing case jam ini ialah polished. Bersesuaian dengan tema jam dress.
Jam ini didatangkan dengan tali kulit yang lembut dan juga berkualiti tinggi. Buckle Seiko juga agak tebal, dan berkualiti tinggi.
Pandangan dari sisi kiri sekali lagi...kali ini polished finishing ini nampak lebih menyerlah.
Jam ini dipadankan dengan sapphire glass yang lazimnya menjadi ciri-ciri utama jam-jam dress mid range Seiko. Secara keseluruhan, jam ini sememangnya menarik dan minimalist. Sebagai jam dress, ia sememangnya menepati tema.Adakah ia berbaloi untuk dimiliki? Dengan ciri-ciri yang telah diteangkan di atas, dan kesukaran mendapatkan model ini, ya, ia memang berbaloi :)
Subscribe to:
Posts (Atom)






















