Wednesday, February 15, 2012

Seiko SNM033 Samurai

Gambar-gambar ini saya ambil dari pemilik asal jam ini iaitu Adrian Lee. Link ke blog beliau adalah seperti berikut:

http://mywatches.posterous.com/seiko-snm033-samurai

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya memiliki Seiko Samurai ini. Sejujurnya, sebelum ni samurai bukanlah dalam top list saya. Namun begitulah hati manusia. Bila tengok secara live dari dekat, barulah nampak kecantikannya.

Design yang ada pada Samurai ini agak lari dari kebiasaan Seiko. Sebelum ini design nya lebih curvy. Namun di sini lebih bersegi-segi, dengan kombinasi beberapa bentuk yang simetri. Refreshing bukan? Tulis saja tidak cukup. Cuba perhatikan gambar sisi di bawah:

Unik! Design bezel nya agak terkeluar dari casenya. Sangat senang untuk diputarkan. Design sebegini mengingatkan saya kepada Seiko Stargate yang pernah saya simpan suatu masa dahulu.

Jam yang saya beli dari seorang penternak Seiko tegar didatangkan lengkap dengan kotak dan manualnya. Isunya hanya pada quickset datenya. Tak boleh di set. Apapun fungsi date masih berfungsi. Cuma tidak quick set saja.

Lihat pada crownnya yang tidak ada guard itu. Warna hitam yang match dengan warna dial dan bezel. Satu kombinasi yang cantik dipandang mata. Jarum saat yang mempunyai tip merah menambah "perisa" kepada keseluruhan rupa jam.

Bentuk casing yang tirus di bahagian lug sememangnya unik sepertimana yang telah saya sentuh di atas. Bracelet jam ini adalah dari jenis solid. End link juga adalah solid, suatu kebiasaan yang biasanya hanya ada pada jam-jam premium sahaja.

Dialnya mempunyai texture yang menarik dilihat. Sememangnya saya amat menggemari jam-jam yang mempunyai textured dial sebegini.

Pandangan dari sisi bawah bracelet jam.

Pada casebacknya, terpapar perkataan Malaysia di situ. Juga kelihatan pada dialnya. Dapat juga pakai Seiko Made in Malaysia :) Secara keseluruhannya, saya amat berpuashati dengan pembelian jam ini. Kalau dari dulu saya menyimpannya, harga yang saya beli tempoh hari merupakan harga baru bagi jam ini pada masa itu. Biasalah, jam-jam yang in demand memang boleh melambung harganya. Lihat saja pada skx diver yang suatu ketika dahulu bernilai RM500 ke bawah. Sekarang? Check saja di kedai-kedai tempatan untuk mengetahui harga semasanya :)