Salam kawan-kawan :) Sudah amat lama blog ini tidak dikemaskini. Masih wujud, tapi hanya aktif di belakang tabir :D Kali ini saya bawakan seutas jam lagenda untuk dilepaskan kepada tuan yang baru, SKX009J.
Jam ini adalah dari tahun 2003. Ciri2 model J yang kelihatan di sini ialah tulisan "21 JEWELS" di bawah tulisan "DIVER'S 200M" dan juga hari dengan tulisan Arab. Index pada dial sudah berpatina, begitu juga dengan hands nya.
Maaf gambar tak berapa nak jelas di sini. Ada calar2 halus, tapi sedikit dan tiada dent. Tali adalah aftermarket. Tali yang lama dah ditamatkan perkhidmatannya :p
Caseback di belakang ada calar kesan pembukaan mungkin. Jam ini telah diservis beberapa kali sepanjang hayatnya. Saya tidak pasti bila kali terakhir ia diservis. Serial no di belakangnya menunjukkan jam ini dari tahun 2003...dah 13 tahun :D
Sisi kanan jam dengan crown nya juga amat minimal kesan calarnya. Tuan asal jam ini pastinya seorang yang cermat semasa memakainya.
Hensem betul kan jam ni? :D
Bergaya sekejap. Walaupun tangan saya kecil, memakainya tidak pula kelihatan besar...dan bagi sesiapa yang biasa dengan model ini, pastinya tahu tentang keselesaannya semasa memakainya.
Berminat? Hubungi saya di talian 019-3799160 untuk urusan peminangan. RM499 sahaja dan harga adalah tetap :D Terima kasih kawan2 kerana sudi bertandang ke blog ini.
No comments:
Post a Comment