Friday, June 19, 2015

Hold: Marathon Navigator Tahun 2000


Ramadhan Kareem! Mudah2an Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik berbanding tahun yang sebelumnya InsyaAllah. Pada kali ini di tangan saya terdapat seutas jam tangan Marathon Navigator yang pastinya dikenali peminat-peminat jam tanahair :)


Jam ini merupakan versi tiada date...Set sekali bertahan berkali-kali :p Terdapat sedikit kecalaran di index no 5. Specs seperti berikut:


Swiss Quartz (hacking)
Case diameter 42.0mm (excluding crown guard)
Fiberglass High Impact Case
6 ATM Water Resistant
Hesalite Crystal
Stainless Snap Back
User serviceable battery
Intended use: High Altitude, Pilot/Parachute

Genuine Issue for US Government and NASA Pilots. Made in accordance with MIL-PRF-46374G, Type III, Class 1.


Jam sememangnya klasik dan amatlah ringan..lebih ringan dari G-Shock mungkin. Tritium tube nya dah tak menyala sangat...Sudah di makan usia. Jam ini dibuat pada tahun 2000. Boleh rujuk gambar di bawah untuk tahun pembuatannya.


Yang bawah sekali ya :)


Saya telah menukar tali asalnya kepada tali Zulu hijau. Tali Zulu ini akan disertakan sekali dengan pembelian.


Angle lain pulak :)


Tali hitam di sebelah tu ialah tali asalnya. Jadi pembeli akan dapat 2 tali insyaAllah. Baloi tu :D


Gambar di tangan. Toolish looking pastinya :)

Berminat? Saya nak lepaskan jam ini pada harga RM550, harga boleh dirunding lagi :) Berminat? Sila hubungi saya di talian 019-3799160 (whatsapp/call/sms). Nak view dulu pun boleh. Item di Klang, Selangor. Terima kasih rakan-rakan :)

Thursday, June 18, 2015

Ramadhan Kareem 1437


Ramadhan Kareem! Mudah-mudahkan bertambah baik Ramadhan kali ini berbanding yang lalu :)

Friday, November 28, 2014

For sale: Seiko SRP207K1


Salam dan selamat sejahtera rakan-rakan pembaca :) Seutas lagi jam tangan yang amat baru ingin dilepaskan oleh pemiliknya, saudara Azharudin. Bukan jiwa katanya...:D Jam sememangnya amat-amat jarang dipakai, lantas kelihatan begitu baru dan berseri sekali


Seiko 5 ini adalah dari generasi terbaru yang dipacu kaliber 4R36, berkebolehan untuk hack dan wind. Berdasarkan review dari internet, accuracy masanya adalah terpuji insyaAllah.


Didatangkan lengkap bersama kotak, manual dan warranti card. Nak dijadikan hadiah pun boleh sangat ni :D Untuk spesifikasi lengkap, sila ke link ini:


Harga yang ditawarkan ialah RM550 boleh dibawa ke meja rundingan. Berminat? Sila hubungi pemiliknya saudara Azharudin di talian 012-9429277. Lokasi beliau di Lembah Klang. Terima kasih :)



Monday, November 17, 2014

For sale: Frankenmonster Hitam Kondisi Hebat :)


Frankenmonster untuk dilepaskan oleh sahabat baik saya dari Melaka, saudara Aimran Hussin. Hanya jam sahaja. Kondisi insyaAllah puashati :) Bukak harga RM680, boleh dirunding dengan owner. Untuk urusan merisik, sila whatsapp/call/sms 012-6566484. Layan dulu gambar-gambar ya :)






Friday, October 17, 2014

Seiko Vintage Ke?


SNKM97K, begitulah nama yang diberikan kepada jam Seiko serba baru ini. Klasik menjadi tema utama bagi jam-jam lain dalam siri ini. Bagi saya, warna hijau ini yang paling menggamit hati minta dipakai di tangan :D


Cushion casenya agak besar, dengan marker dan jarum jam yang bersalut emas nampak menonjol dengan warna hijau yang menjadi latar jam. Persis sarb017, model Seiko JDM yang terkenal itu. 


Jelas keklasikannya :) Lug width adalah 24mm, dengan WR 50m sahaja.


Jarum saat merah tu!


Jam ini dipacu oleh movement 7s26, movement lama Seiko yang masih terpercaya...sangat reliable dan serviceable almost di mana-mana.


Clasp simple, dengan bracelet 2 kemasan iaitu polished di bahagian tengah dan diapit pula dengan brushed finishing di sebelah kiri dan kanan link.


Pandangan sudut tepi kiri...tampak ketebalannya, namun selesa dipakai walaupun agak berat


Unsigned crown...kalau ada sign "S" cam lagi best..hehe

Kesimpulannya, kalau anda sukakan jam yang besar dan klasik, silalah beli :D Namun, pada hemat saya model ini agak sukar dicari mungkin...harga yang tidak mahal (Bawah RM600), classic-looking adalah faktor-faktor mengapa ia diburu....Terbaik? Ya, memang terbaik :D