Sunday, September 22, 2013

Seiko Spirit SCVS015


Jam milik seorang rakan, yang juga seorang peminat jam tegar :) Jam yang telah lama discontinued ini sukar ditemui. Kalau ada pun yang telah digunakan sepertimana jam ini. Namun memandangkan tuan asalnya seorang yang cermat, jam ini masih berkeadaan baik. Perhatikan jarum jam yang putih seperti kapur, dan latar belakang hitam yang kontras dan senang dilihat. Satu kombinasi yang baik.


Display caseback yang menjadi kebiasaan bagi jam-jam dress keluaran Seiko. Di pacu movement 6R15 yang bereputasi baik dari segi ketepatan masa, kelasakan dan cara penggunaan. Berkebolehan hack dan winding.


Signed crown berlogo "S"...antara faktor menarik jam-jam dalam siri Presage, Spirit dan SARB. Kemas dan berkualiti tinggi. Sekiranya jam ini buatan Swiss, sudah pasti harganya jauh lebih tinggi berbanding harga asal jam ini.


Pandangan sisi kiri jam ini. Keseluruhan finishing case jam ini ialah polished. Bersesuaian dengan tema jam dress.


Jam ini didatangkan dengan tali kulit yang lembut dan juga berkualiti tinggi. Buckle Seiko juga agak tebal, dan berkualiti tinggi.


Pandangan dari sisi kiri sekali lagi...kali ini polished finishing ini nampak lebih menyerlah. 


Jam ini dipadankan dengan sapphire glass yang lazimnya menjadi ciri-ciri utama jam-jam dress mid range Seiko. Secara keseluruhan, jam ini sememangnya menarik dan minimalist. Sebagai jam dress, ia sememangnya menepati tema.Adakah ia berbaloi untuk dimiliki? Dengan ciri-ciri yang telah diteangkan di atas, dan kesukaran mendapatkan model ini, ya, ia memang berbaloi :)