Sunday, December 30, 2012

Cool G-Shock Mod

Anda peminat tegar G-shock dan bercadang nak mod dan fancy? Contohnya macam ni:


Sila check out link ini:

http://gshocktheworld.blogspot.com/2012/12/how-to-customize-your-g-shock-backlight.html

Memang cool! Tahniah Bobo :) You're the man :D

Monday, December 24, 2012

Bezel Untuk G-5600-1JF

Alhamdulillah, bezel yang dipesan dari Jepun sebulan lalu akhirnya tiba ke Malaysia dengan selamatnya. Sebenarnya agak sukar mencari bezelnya memandangkan model ini sudah tidak dikeluarkan lagi. Apapun nak menjadi rezeki, masih ada yang menjualnya, Alhamdulillah :)

Ikuti gambar-gambar yang sempat saya rakam di bawah ya. Yang seronoknya, wajahnya terus menjadi kembali gah seperti baru :) penantian yang berbaloi











Wednesday, December 05, 2012

Seiko Spirit SCVS001

 Seiko Spirit SCVS001 yang telah lama dihentikan pengeluarannya. Beberapa bulan yang lepas, reseller di Jepun kembali memaparkan jam-jam ini yang kembali muncul dengan kuantiti yang amat2 terhad. Tanpa melengahkan masa, transaksi berjalan dan akhirnya ia selamat tiba di bumi Malaysia ini, Alhamdulillah.

Sudah menjadi kelaziman Seiko untuk meletakkan signed crown ke model-model mid to high range milik mereka. Seiko spirit ini tak terkecuali. Cantik dan kemas...nilai estetik nya turut bertambah dengan sedikit penambahan sebegini pada pendapat saya.

Finishing yang sangat baik as expected from Seiko pada model-model mid range mereka. Lihat saja kemasan pada model2 SARB dan Prospex mereka. Sangat-sangat memuaskan.

 
 Rekabentuk bracelet memang bertemakan klasik...dan sememangnya menambah rupa klasik pada keseluruhan jam ini. Dial off white dengan tangan-tangan emas merupakan regu yang sesuai bagi penggemar modern classic.
 Jam ini dijanakan oleh kaliber 6R15C...tiada beza sangat dengan 6R15 kecuali dengan sedikit keupayaan yang dipertingkatkan. 

  
Pembuatan casing secara keseluruhannya memang memuaskan hati. Malangnya gambar-gambar yang saya ambil tak justify kecantikan jam ini. Sekiranganya diamati, finishing pada case nya ada berbeza-beza dengan polished dan brushed/satin finish diselang-selikan dengan begitu baik dan berhalus. Sangat detail.

Pada saya, faktor penarik utama pada jam ini ialah rupabentuk moden klasik yang dapat dihasilkan dengan begitu baik. Kombinasi dial, tangan-tangan emas dan bracelet memang memberitahu kita yang jam ini sangat klasikal sepertimana yang telah saya nyatakan di atas. Kristal adalah dari jenis sapphire. Display caseback pula menggunakan hardlex.

Model ini menggunakan push-button clasp yang mudah untuk dioperasikan...tekan kedua-dua butang di atas...

...dan ia akan terbuka seperti ini. End link adalah dari jenis solid.

 Pandangan sisi kiri...
 ...dan kanan

Kesimpulannya, jam ini worth every money spent :) Susah nak dapat...dan bila dah dapat memang tak mengecewakan yang sememangnya para penggemar Seiko amat maklum dengan kualiti yang mereka tampilkan. Kaliber 6R15C yang berkebolehan hack and wind turut menjadi penyumbang kepada faktor kepuasan jam ini. Buat masa ini, kalau tak salah saya power reserve nya adalah yang tertinggi berbanding kaliber lain iaitu 50 jam. Menarik bukan? :)

Untuk bacaan lain tentang jam ini, tuan-tuan boleh ke:

http://forums.watchuseek.com/f304/review-seiko-spirit-scvs001-267186.html



Tuesday, November 27, 2012

Sea-Gull M190s Manual Winding Chronograph


Sebuah lagi jam dari Tanah Besar China telah masuk dalam koleksi saya beberapa bulan yang lepas. Agak lama juga tercari-cari penjual online yang menjualnya dengan harga termampu. Alhamdulillah dapat juga :)

Warna putihnya kelihatan agak terang di dalam gambar-gambar yang di publish di sini. Namun sebenarnya, ia adalah sedikit "off-white". Agak susah juga nak menunjukkan warna sebenarnya dari lensa kamera dan skill saya yang masih jauh ketinggalan.

Crown jenis bawang yang senang diputar. Namun sedikit keras semasa dikunci jika nak dibandingkan dengan putaran seiko 6R15. Pada pendapat saya, ETA-2824-2 lebih keras berbanding kedua-duanya. Beza antara satu sama lain hanyalah sangat sedikit.

Display caseback yang berjaya memaparkan movement ST19 yang komplikated dengan baik. Cantik, dan tentu tak senang nak menghasilkan movement yang sofistikated sebegini. 

Kelihatan skru-skru berwarna biru yang menambah seri movement ini. Agak2 boring tgk depan, tengoklah movement nya pulak :p

Dial dengan 2 sub-register yang simple. Sub-register kiri adalah untuk saat manakala di sebelah kanan adalah register 30 minit. 

Dial "off-white" bertekstur yang seronok dilihat. Perhatikan teksturnya yang berbeza antara sub-register dengan main dial. Agak detail. Jarum-jarum yang berbentuk bilah tombak pula sangat sinonim dengan jam-jam klasik dan berjaya memberi rupa itu kepadanya.

Cermin adalah dari jenis sapphire glass yang tahan calar. Saya tak pernah test lah :D Display caseback juga adalah dari jenis sapphire.

Normal buckle yang simple, dan pada saya kurang sesuai dengan jam ini. Lebih baik kalau dapat dipadan dengan deployant clasp yang lebih menepati tema jam ini.

Saiz 41mm yang terasa selesa di tangan. Lug-to-lug nya agak panjang, namun taklah sampai melebihi pergelangan tangan saya yang kecik tu :) Klasik...itulah kesimpulan yang dapat saya berikan untuk jam dari Tanah Besar China ini :)

Thursday, November 08, 2012

Casio G-Shock G-6900KG-3DR

 Nampaknya demam G-shock yang melanda sahabat saya, turut menempias ke Lembah Klang rupanya :D Apapun, seperti yang umum tahu, banyak sungguh model G-Shock di pasaran dengan harga mampu milik dan sedap dipakai. Kali ini saya nak ulas serba sedikit model asas G-shock dengan varian Tough Solar dan berwarna Olive Green Ashkar gitu :)

 Asas model ini ialah dari siri 6900 yang sedikit besar, namun seperti yang saya nyatakan di atas, sedap pula dipakai. Antara faktor utama yang menyumbang kepada keselesaan itu ialah, pada pendapat saya, terletak pada beratnya. Sangat ringan :D

 G-Shock ini dipadankan dengan negative display yang kelihatan cantik. Tapi agak sukar sebenarnya nak melihat waktu dengan negative display ni. Kena betul2 kan sikit angle tu supaya senang dibaca :p Tapi takpe, cantik punya hal sanggup :D Pada saya, negative display pada model G-shock G-7710 adalah lebih baik, malah kontrasnya boleh dilaraskan. Kalau yang ini tiada pilihan untuk melaras.

 Untuk model asas DW-6900, sub panel yang kecik-kecik 3 bahagian tu bertindak semata-mata sebagai penanda saat. Untuk model Tough Solar, ia berfungsi sebagai penunjuk fungsi-fungsi tertentu seperti Power saving, tahap kuasa bateri (kalau dah low jemur balik), alarm, auto-el dan sebagainya.

 Tulisan-tulisan yang terdapat pada muka jam ini adalah berwarna oren. Pada saya satu kombinasi yang cantik, dan mudah dibaca. Perhatikan 3 butir bintang di sebelah tulisan Tough Solar tu. Untuk model lain di dalam siri ini, ia diwakili dengan jumlah bintang yang berbeza. Model 5600 dengan 4 bintang, 7900 2 bintang, manakala model King dengan 1 bintang. Saya tak pasti sekiranya bintang-bintang tersebut membawa makna tertentu. Pada saya buat lawa sajalah :p Atau strategi Casio supaya orang beli semua model dalam siri ni supaya dapat semua bintang-bintang yang ditawarkan :p

 Caseback simple yang menunjukkan no module dan serba sedikit informasi lain. Jam ini dibuat di China. Apapun, buckle nya adalah dari Jepun, negara asalnya.

 Dari sudut yang berbeza

Kesimpulannya, seperti kebanyakan G-Shock lain yang terdapat banyak di pasaran, memang ia sangat-sangat value for money. Jam tak mahal, ciri-ciri banyak, tough pulak tu :) Jom beli! :p

Tuesday, October 30, 2012

Casio Kiblat Baru: CPW-500HD

Maafkan saya kerana agak lambat membuat ulasan jam Casio Kiblat baru ini. Jadi untuk posting kali ini, saya cuba membuat ulasan sebaik mungkin untuk menerangkan fungsi jam ini. 


Kotak jam ini kebanyakannya adalah di dalam bahasa Arab, sesuai dengan sifatnya sebagai penunjuk arah kiblat yg letaknya di bumi suci itu. Gambar Ka'abah yang mulia itu menghiasi kotak jam ini. Berbanding dengan yg lama, packaging kali ini lebih difahami maksudnya dengan lebih jelas. Tengok saja dah tahu apa isi dan fungsi utamanya :)
 
 Inner package nya juga lebih baik dengan proper watch box berwarna hijau. Estetik! Saya suka dengan penambahbaikan sebegini.

Terdapat pilihan untuk mempamerkan kalender Hijriah di mode timing. Opsyen lain adalah kalender Masihi dan waktu semasa.

Dengan menekan butang "Salat", waktu solat semasa akan dipaparkan. Perhatikan jarum saat berwarna merah yg menunjuk ke arah "Fajr" (Subuh). Untuk melihat waktu solat yg lain, tekan butang 'Adjust" sehingga jarum saat bergerak ke arah waktu solat yg kita kehendaki. Seronok melihat jarum saat merah itu bergerak-gerak mengikut arahan yg telah kita berikan.

Terdapat mode Moon Age yang merupakan fungsi tambahan berbanding model awalnya. Beberapa ciri-ciri tambahan lain turut disediakan seperti yg akan diterangkan di bawah ini.

Ini pula fungsi thermometer sebagai penunjuk suhu. Saya tidak menguji ketepatannya setakat ini.

Juga terdapat fungsi alarm. 5 alarm tersedia untuk kegunaan sesiapa yg memerlukan.

Seterusnya ialah fungsi stopwatch. Juga ciri-ciri baru jam ini berbanding versi asalnya.

...dan yang terakhir sebagai ciri-ciri terbarunya ialah fungsi timer. Sangat baik bukan? :)

Caseback yg simple, sepertimana kebiasaan jam-jam Casio yang lain.

Lampu untuk kegunaan di kala hari gelap. Berbanding versi asal, fungsi butang "Light" itu memang semata-mata untuk lampu. Versi ada mempunyai pelbagai fungsi yg kadangkala sedikit mengelirukan (bukan masalah yg serius pun :))

Model ini adalah versi bracelet dengan push button yg memudahkan operasi. Terdapat beberapa versi lain yang tuan-tuan boleh dapatkan maklumatnya di sini:

http://www.casio-intl.com/asia-mea/en/wat/prayercompass/

Sedikit perbandingan dengan versi asal: Perhatikan arah kiblat yang dipaparkan oleh kedua-dua jam. Sama bukan? Hanya perlu menekan butang "Qibla" untuk mengaktifkan fungsi ini. 

 Begitu juga dengan waktu solatnya. Sama juga :)

Untuk ulasan Casio Kiblat versi lama, sila ke link berikut:

http://walikard.blogspot.com/2011/07/casio-kiblat_04.html

Kesimpulannya, jam kiblat versi kedua ini penuh dengan ciri-ciri yg tidak ada pada model asalnya. Berikut saya senaraikan ciri-cirinya secara ringkas dalam format "Versi baru vs Versi lama":

1) Analog + Digital vs Digital sahaja
2) Pelbagai variasi model vs 2 variasi sahaja
3) Fungsi Moon Age vs Tiada
4) Fungsi stopwatch vs Tiada
5) Fungsi timer vs Tiada
6) Fungsi Thermometer vs Tiada
7) Fungsi Alarm vs Tiada
8) Buatan China vs Buatan Jepun

Jam ini telah mula dijual di kedai-kedai jam sekitar Malaysia. Terdapat juga penjual online di Lelong.com.my yang menjualnya. Harganya adalah di sekitar RM300-RM380 bergantung jenis model yg dipilih. Diharapkan agar ulasan saya yg serba ringkas ini bermanfaat untuk tuan-tuan :)