Showing posts with label sold. Show all posts
Showing posts with label sold. Show all posts

Tuesday, October 04, 2016

SOLD: Seiko SKX009J


Salam kawan-kawan :) Sudah amat lama blog ini tidak dikemaskini. Masih wujud, tapi hanya aktif di belakang tabir :D Kali ini saya bawakan seutas jam lagenda untuk dilepaskan kepada tuan yang baru, SKX009J.


Jam ini adalah dari tahun 2003. Ciri2 model J yang kelihatan di sini ialah tulisan "21 JEWELS" di bawah tulisan "DIVER'S 200M" dan juga hari dengan tulisan Arab. Index pada dial sudah berpatina, begitu juga dengan hands nya.


Maaf gambar tak berapa nak jelas di sini. Ada calar2 halus, tapi sedikit dan tiada dent. Tali adalah aftermarket. Tali yang lama dah ditamatkan perkhidmatannya :p


Caseback di belakang ada calar kesan pembukaan mungkin. Jam ini telah diservis beberapa kali sepanjang hayatnya. Saya tidak pasti bila kali terakhir ia diservis. Serial no di belakangnya menunjukkan jam ini dari tahun 2003...dah 13 tahun :D


Sisi kanan jam dengan crown nya juga amat minimal kesan calarnya. Tuan asal jam ini pastinya seorang yang cermat semasa memakainya.


Hensem betul kan jam ni? :D 


Bergaya sekejap. Walaupun tangan saya kecil, memakainya tidak pula kelihatan besar...dan bagi sesiapa yang biasa dengan model ini, pastinya tahu tentang keselesaannya semasa memakainya.

Berminat? Hubungi saya di talian 019-3799160 untuk urusan peminangan. RM499 sahaja dan harga adalah tetap :D Terima kasih kawan2 kerana sudi bertandang ke blog ini.

Saturday, January 18, 2014

SOLD: Seiko Monster Limited Edition SRP453K1


Rasanya tak perlu nak diperkenalkan lagi model yang InsyaALLAH bakal menjadi legend ini :) Seiko Monster Limited Edition sempena 100 tahun Seiko. Jam yang dikuasakan kaliber 4R36 ini berkebolehan hack and wind, dengan 21,600 vph. Berdasarkan pengalaman rakan baik saya yang juga mempunyai model ini, ketepatan masa adalah lebih baik berbanding kaliber 7S26 yang memberi kuasa kepada Monster skx. 


Jam ini didatangkan dengan set yang lengkap, dan jam sememangnya macam baru. Tuan jam ini boleh dikatakan macam tak pakai langsung...pakai, tapi buat acu acu kat tangan sajalah agaknya :p


Masih diselaputi plastik biru buat mengelak kecalaran, dan sebagai lambang "kebaruan" jam ini :p 

Kepada yang berminat, sila hubungi saya di talian 019-3799160 (call/whatsapp/sms) untuk urusan merisik dan peminangan. Harga yang ditawarkan ialah RM977, BOLEH RUNDING. Cepat bertindak sebelum kehabisan :D

Sunday, December 22, 2013

SOLD: Steinhart Vintage GMT-RM1,593 NEGO


Steinhart Ocean Vintage GMT yang semakin sukar didapati. Semakin lama, proses pembuatannya kerap menemui kesukaran disebabkan isu ETA yang semakin sukar dijual kepada 3rd party watchmaker sperti Steinhart ini. Ia dijana ETA 2893-2 dengan lume C3.


Bracelet yg padu dan solit dengan solid end links. Ada kuda laut yg ditunggang pahlawan laut di caseback nya.


 Lengkap dengan kotak, dokumentasi dan warranty card.


Cantik bukan? Berminat? Sila hubungi saudara Aimran Hussain di talian 012-6566484 untuk urusan peminangan. Harga di tawarkan pada RM1,593, boleh runding InsyaALLAH :D

Monday, November 25, 2013

SOLD: Seiko 5 Submariner Gold


Untuk dijual, seutas Seiko 5 Submariner Gold yang masih mulus keadaannya. Hanya jam sahaja tanpa kotak. Berminat? Sila call/sms/whatsapp 019-3799160 untuk urusan jual beli. RM250 sahaja :)





Wednesday, November 06, 2013

SOLD: Tudor Prince Oysterdate


Seutas Tudor Prince Oysterdate untuk dijual. Vintej, namun masih berfungsi dengan cemerlang. Di jana kaliber ETA 2873, cermin aklirik (tidak pasti samada yg asal atau aftermarket), dan sebagaimana yang dinyatakan oleh Sifu Andy (watchmaker yang terkenal di kalangan penggemar jam, vintej terutamanya), dial dan hands nya adalah masaih yang asal. Bracelet adalah aftermarket. Berminat? Telefon/SMS 019-3799160. RM1,850 boleh runding. SOLD. COD Klang/Shah Alam. Terima kasih rakan-rakan :)










Cun jugak dengan tali kulit :)


Tuesday, November 05, 2013

SOLD: SKX007J dengan Oyster Bracelet

Salam Maal Hijrah 1435 :) Mudah2an tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya... Bertambah amal dan darjat di sisi Allah SWT, amin, insyaAllah. Untuk post kali ini, seorang sahabat ingin melepaskan jam Seiko SKX007J yang berkeadaan baik. Kesan calarnya minimal dan boleh diatasi dengan sedikit polishing. Ingin dilepaskan pada harga RM750 nego. Berminat? Hubungi saudara Fairul di talian 012-4469560. Boleh COD Shah Alam atau Poslaju.

Wednesday, June 19, 2013

SOLD: Citizen BM6835-58E - Military


BM6835-58E - CITIZEN ECO-DRIVE 100M MILITARY milik seorang kawan untuk dilepaskan. Jam adalah berkeadaan baru memandangkan tuannya jarang memakainya. Sprecs adalah seperti berikut:

Glass: Mineral
Movement: Eco-drive
WR: 100m
Dimensi: 42mm, tebal 11mm

Gambar2 "suspek" (:p) sebenar adalah seperti berikut:

Marker oren yang stand out :)

 

Lume memamg boleh tahan

Jam memang berkeadaan seperti baru InsyaALLAH :) Berminat? Sila hubungi tuannya, Alcip di talian 016-2018363. Harga yang ditawarkan ialah RM450. Sebarang urusan peminangan boleh dibuat di nombor yang tertera di atas ya :D

Friday, May 31, 2013

SOLD: Seiko Monster Hitam SKX779


Untuk dilepaskan ialah seutas Seiko Black Monster SKX779 yang berkeadaan baik. Saya rate monster ni pada kondisi 8/10. Set didatangkan lengkap dengan kotak, manual dan lebihan link. 


Masih hensem :) Terdapat sedikit calar pada bezel.


Caseback juga masih cantik dengan kesan calar yang agak minimum.


Terdapat kesan-kesan calar di bracelet yang insyaALLAH boleh diminimalkan dengan penggunaan brushed pad. tapi personally, tak brush pun takpe, sebab tak seteruk mana. Tuan punya asal tak gunakan jam ini untuk aktiviti lasak sebaliknya dipakai ketika ke pejabat dan casual sahaja. Dive pun tak pernah :p


Kesan desk diving...insyaALLAH boleh diminimakan dengan brushed polishing tadi.


Di sini juga terdapat kesan calar yang minimum. InsyaALLAH, tak mencacatkan pandangan mata :D

Berminat? Sila SMS/call/whatsapp 019-3799160 untuk pertanyaan lanjut. Sepertimana diterangkan di atas, kotak dan manualnya disertakan. Harga? RM450 sahaja :) 1st come 1st serve basis ya :)

Telah dijual :) Terima kasih