Thursday, March 22, 2012

Seiko SARB035 JDM


Beberapa hari yang lepas, saya berpeluang untuk memiliki classic piece ini pada harga yang saya kira amat-amat berpatutan, dan tidak patut untuk ditolak :p Dijana caliber 6R15B, hackable, dan windable adalah ciri-ciri utamanya. Maafkan saya atas gambar-gambar yang kurang memuaskan yang di ambil hanya dengan menggunakan Blackberry saya.

Finishing pada model JDM ini sememangnya amat memuaskan. Perhatikan pada "signed" crown yang mempunyai huruf S di atasnya. Tak salah saya, model-model lain yang turut dijana caliber yang sama mempunyai ciri-ciri ini.


Jam dibeli dari seorang peminat jam yang baru saja membeli Seiko Cocktail sebagai pengganti. Alhamdulillah, pakejnya lengkap....tag harga, kotak, manual dlm bahasa Jepun dan warranty card masih intact. Lebihan bracelet link juga masih dijaga rapi dengan cara dibalut.

Terpampang tulisan Seiko pada clasp nya. Bukan sesuatu yang luarbiasa memandangkan hampir kebanyakan Seiko mempunyai ciri-ciri sedemikian.


Braceletnya adalah dari jenis solid. Menurut pembacaan di Internet, end linknya adalah dari jenis solid...dan sememangnya ia sepatutnya begitu memandangkan model ini adalah dalam kategori pertengahan.

Pandangan sisi kanan jam. Kacanya dari jenis sapphire manakala back casenya adalah hardlex.

Klasik! Sememangnya saya amat meminati design klasik sebegini. Kata orang, timeless! Terdapat lume sebenarnya pada jarum jam dan minit, serta setiap markernya. Maaf, kamera BB tak mampu menzahirkannya :P

Terpampang no caliber dari belakang jam ini. Dengan caseback yang lutsinar seperti ini, kemasan caliber 6R15B dapat dilihat dengan lebih jelas tanpa perlu membukanya.

Kesimpulannya, saya amat berpuashati dengan pembelian kali ini. Adakah ia mampu bertahan? yang itu saya sendiri tidak pasti :p Apapun, keselesaan memakai jam-jam klasik sebegini yang berdiameter 37mm-38mm mungkin menyebabkan ia tidak akan dijual. Wallahu A'lam. yang pasti, buat masa ini, SARB035 ini adalah di antara pembelian saya yang paling bernilai. Worth every cent! :)

Wednesday, March 21, 2012

Helang Malam...

Sekadar preview seperti biasa. Nantikan insyaAllah review yang lengkap bakal menyusul :) Maafkan saya kerana sejak kebelakangan jarang sekali menulis dengan agak panjang memandangkan tiada kamera buat masa ini (alasan je tu :p). Nantikan...

Monday, March 05, 2012

Di kala cuaca tidak menentu...

Di kala cuaca tidak menentu sebegini, insyaAllah Protrek PRG-200T ini boleh dibuat bekalan paling ampuh menempuh perjalanan. Nantikan paparan lengkapnya sedikit masa lagi, insyaAllah :)