
E'id Mubarak. Mudah-mudahan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita ini meninggalkan kesan tarbiyyah yang mendalam kepada hati kita. Mudah-mudahan kita menjadi lebih bersyukur kepada NYA atas segala nikmat yang tak mampu kita tuliskan walau seluruh lautan dijadikan dakwat buat pena bekerja.

InsyaALLAH, peneman solat E'id tahun ini ialah Orient Open Heart FDB08005W, yang Alhamdulillah selamat sampai hari Jumaat yang lalu. Ini merupakan 1st Orient dan dress watch saya. Bimbang juga sampai lambat memandangkan musim perayaan, pejabat pos merupakan antara pejabat yang paling sibuk, dengan abang-abang posmen yang tetap bekerja walupun hari minggu.

Dipadankan dengan tali kulit yang selesa dipakai.

Terdapat tulisan Orient pada buckle nya.

Semi skeleton design yang menampakkan "jantungnya" memang satu design yang unik. Mekanikalnya yang bergerak-gerak menambah keunikannya. Seronok melihat ia bergerak-gerak tanpa jemu. Alangkah baik, jika lidah ini basah menzikirkan namaNYA, juga tanpa jemu.

Jarum-jarum yang berwarna biru berpadanan dengan dial yang berwarna putih bersih.

Caseback yang sangat simple dengan engraving yang minimal. Sticker hologram Orient yang menandakan ketulenannya menjadi identiti tetap bagi model-model Orient yang terdapat di pasaran.

Saiz 40mm memang lingkungan saiz-saiz yang saya gemari. Saiz merupakan antara faktor pening untuk saya membeli sesebuah jam itu. Kurang minat dengan saiz yang kecil. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan jam Orient pertama saya ini. Kos yang tak sampai 1/2 ribu, dengan kualiti yang pada saya amat memuaskan hati dan mata. Memang seronok apabila dapat membeli sesuatu yang dirasakan value for money, macam Orient Oepn Heart FDB0800W ini :)
Akhir kata, E'id Mubarak sekali lagi kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini. Mudah-mudahan, amalan saya dan rakan-rakan sekelian diterima ALLAH SWT. Taqwa yang menjadi sasaran kita, mudah-mudahan kita mendapatnya, InsyaALLAH.
Kullu 'Aam wa Antum bi Alf al-Khair
Taqabballahu Minna wa Minkum Ajma'een.