Showing posts with label 150m. Show all posts
Showing posts with label 150m. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Seiko 7002 Dah Sampai

Alhamdulillah, Seiko 7002 dah selamat sampai :) Packaging yang simple sahaja. Padanlah dengan harga yang murah. Janji barang tak calar-balar bila sampai.

Simple kan?

Itu dia...dial dan hands yang sudah dimodified, sepertimana gambar dalam post sebelum ini. Didatangkan dengan tali getah aftermarket Z22 tu. Agak lembut berbanding yang original. tapi still terjelirlah bila dipakai :p Terdapat tulisan Scubapro, dan 500 pada dialnya. Hanya deco ya :)

Caseback yang telah re-finish. Cantik! Case nya pun kemas hasilannya. Mr Loy memang seorang restorer yang handal. Cuma pusingan bezel sahaja yang kurang lancar. Tak menjadi masalah buat saya.

Boring dengan tali getahnya, saya pantas menukarkannya dengan Wjean super Oyster yang pada asalnya dibeli untuk SKX007. Fit! Tiada kerja-kerja tambahan yang diperlukan untuk menyesuaikan bracelet dengan jam. Version bracelet ini ialah yang hollow end link nya.

Amacam? :) Saya gembira dengan hasil kerja tangan Mr Loy. Bracelet Oyster tu pulak menambah serinya :) Pembelian yang berbaloi-baloi.



Thursday, August 18, 2011

Seiko 7002 Mod-Bakal Muncul InsyaALLAH

Nota: Semua gambar-gambar adalah milik penjual di ebay, Mr Loy dari Filipina.

Satu tangkapan terbaru yang belum tiba...dalam perjalanan dari Pasig City, Filipina. Mr Loy yang mempunyai reputasi tersendiri yang sememangnya di forum-forum antarabangsa, menjadi pilihan sebagai penjual pada kali ini. Apa yang menariknya, penjual claim yang jam ini masih water resistant :) Nampaknya bolehlah berenang dengan jam ini.
Case yang telah dipolish keseluruhannya menaikkan seri jam ini. Sememangnya saya menggemari jam-jam yang nampak baru sebegini.
Enjinnya telah diservis. Lihat sahaja casenya itu...macam baru! harapnya bukan indah khabar dari rupa.
Dial asal telah digantikan dengan aftermarket dial bertulis scubapro. Begitu juga hands set nya yang telah ditukar dengan parts aftermarket yang menyerupai dengan apa yang terdapat pada atuknya yang lebih tua, Seiko 6105.Didatangkan dengan tali getah aftermarket Z22. Harap-harapnya tidak keras seperti seiko Z22 yang tulen. Susah-susah, padankan saja dengan Nato atau Zulu :) Lagi sedap dipakai. Keseluruhan jam nampak cantik pada pandangan mata saya. Tidak sabar menanti abg posmen membawa khabar gembira sedikit masa lagi. Apapun, ini adalah pembelian kedua saya dari Mr Loy. Pegalaman pembelian pertama memang sangat positif, Seiko 7002 berdial oren :)

Sunday, April 17, 2011

Seiko 6309-7040-Buruan Yang Menjadi Kenyataan

Alhamdulillah, pada 31 Mac 2011 yang lepas, saya berjaya juga mendapatkan Seiko 6309-7040 dari Uncle farid Chan atau lebih dikenali di kalangan penggemar jam dengan panggilan Uncle Luv. Iklan-iklan beliau boleh dilihat di sini: http://www.mudah.my/li?ca=8_s&id=2616 Hati-hati, Seiko 6105 ada kat situ...bisa menggoncang keimanan :) Seiko 6309-7040 milik saya tu tak punya strap...kebetulan saya ada simpan Z20 yang dibeli dari bro Ijan. Jadi, sumbat ajelah dulu walau sedikit kecil (20mm vs 22mm).

Perhatikan gap yang terdapat di hujung lug sebelah kiri. Sememangnya tak berapa cantik ada gap sebegitu. Janji boleh pakai :) 2 3 hari selepasnya saya membeli Nato strap 22mm dari seller tempatan, Bryan dari Sarawak. Linknya seperti berikut: http://www.mudah.my/New+NATO+military+nylon+watch+strap-8811642.htm?last=1 Warna hijau olive menjadi pilihan hati dan beginilah hasilnya:

Bergambar bersama-sama Nato strap biru Navy

Wrist Shot

Dalam masa yang sama, saya membeli Nato strap berwarna biru navy dari www.tungchoywatch.com, HK-based seller. Penghantaran dalam masa seminggu lebih...not bad memandangkan kaedah penghantaran hanya menggunakan normal postage without tracking no.

Nato strap ni amatlah mudah untuk ditukar ganti. Memandangkan ia menyerap peluh, eloklah ada lebih dari satu. Satu basuh, satu lagi pakai...dan seterusnya. Kelebihan lain ialah, sangatlah selesa dipakai. Cuma jangan basahlah, memang kalah sebab ia jenis menyerap. Saya yakin yang murah atau mahal sama saja sifatnya iaitu menyerap. Mungkin lepas ni nak try bracelet pulak macam ni:

Gambar dari www.tungchoywatch.com

Antara faktor istimewa 6309-7040 ni ialah production datenya:

Itu Julai 1981, bulan dan tahun saya dilahirkan. Seusia saya! (Maaf kurang jelas ya)

Jam ni semua berkeadaan asal kecuali hands nya dari original seiko 7s26. Jadi, yang "menyala" hanya hands nya sahaja memandangkan ia baru. Apapun, saya berpuas hati memiliki model ini. Mungkin lepas ni semakin susah nak dapat, dan tanda-tandanya juga hampir2 jelas kelihatan. Semakin kurang yang menjual, dan dalam masa yang sama makin bertambah pula bilangan pembeli yang memburu model vintage yang dah mencapai status "cult" ini.