Jam yang menggunakan movement Miyota atau Citizen Calibre 8200 memang sudah terbukti ketahanannya. Movement yang boleh di kunci menjadi antara selling point jam ini pada saya.
Monday, June 27, 2011
Citizen NY2300 Pepsi Diver
Jam yang menggunakan movement Miyota atau Citizen Calibre 8200 memang sudah terbukti ketahanannya. Movement yang boleh di kunci menjadi antara selling point jam ini pada saya.
Sunday, June 26, 2011
Pencarian Seiko 7A28/7A38
Gambar kredit www.ninanet.net
Monday, June 20, 2011
Updated: Jam Swiss & Kunci Pertama - Baylor Pepsi
Thursday, June 16, 2011
Bukan Jam: Motor Merajuk Siapa Tahu
Motor saya merajuk 2 3 hari kebelakangan. Ada masalah dengan electronics. Ingatkan bateri, lantas ditukar pada hari Khamis yang lalu, kerana menganggap itulah punca. Hari ini merajuk sekali lagi. Sah! Memang bukan bateri, malah elektroniknya. Bateri yang baru berusia 4 hari juga perlu ditukar, memandang sudah kembung dan tak selamat digunakan lagi. Mati tengah-tengah jalan haru juga. Alhamdulillah, hari ni dah baik sesudah mendapat sentuhan mekanik yang lebih otai...RM440 menyusut dari akaun bank :p nampaknya rancangan untuk menambah ahli keluarga jam idaman dihentikan buat sementara waktu :) Jam tak lari ;)
Sunday, June 12, 2011
SKX007K Dengan Bond Nato
Sementara menunggu Oyster bracelet yang belum ber"budget", Bond nato menjadi pilihan utama untuk menggantikan Z22 yang sering terjelir bila dipakai di tangan.
Nato Bond ini dibeli dengan harga RM30 beserta kos Poslaju dari Sarawak. Ia agak nipis memandangkan harganya tidaklah begitu mahal. Namun masih memiliki "the look" :)
Nato band juga bermakna, kerja-kerja menukar tali jam menjadi mudah, bahkan sangat mudah. Tidak perlu lagi "kuku kambing" untuk menukarnya, yang kadang-kadang terguris juga di bahagian "lug-end", yang akhirnya mengguris juga hati. Sayang, sayang. Walaupun ia tidaklah dalam kategori mewah, namun sayang tetap sayang.
Ia bererti perlindungan juga untuk "caseback"nya dari tercalar :) bahagian tepi taklah...yang tu kalau dah tercalar, Cape Cod polishing cloth lah jawabnya :p
Bond Nato dengan Seiko Bond, satu gabungan yang mantap? Untuk saya, ya! Namun lain orang, lain citarasanya. Satu masalah dengan strap-strap sebegini, ia memerap peluh yang sudah pasti akan mengundang masalah "hygiene" kelak. Apapun, ia sangat mudah dicuci, dan cepat pula kering. Sementara yang satu lagi basah, mungkin Nato berwarna "Olive Green" atau biru pekat menjadi pilihan :)

Subscribe to:
Posts (Atom)