Showing posts with label skx007. Show all posts
Showing posts with label skx007. Show all posts

Wednesday, November 09, 2011

SOLD: Seiko PMMM Dial & Hands untuk Seiko SKX



Up for sale ialah PMMM mod dial dan hands untuk Seiko diver SKX series seperti SKX007, SKX009 dan sebagainya. Hasilnya akan jadi seperti ini:


Saya pernah menulis tentang projek ini di sini:


Kedua-duanya hanya RM150 shipped. Langsung tak pernah pakai..kira projek terbengkalai lah ni :D Berminat? Sila hubungi saya untuk proses selanjutnya.

Wednesday, July 20, 2011

Next Project: PMMM (Poor Man Marine Master)

Nota: Gambar-gambar ini bukan milik saya. Ia adalah hakcipta www.yobokies.com

Saya sedang menantikan barang-barang yang diperlukan untuk menukar SKX007 yang saya beli terpakai, kepada rupa ini :) Sebelum ni memang saya dah ada satu. Yang ini yang lain pula.

Harga MM yang sangat tinggi, membuatkan saya berkira-kira untuk mengeluarkan sedikit belanja untuk projek "menaik taraf" ini. Untuk dail dan hands nya, USD59 telah dileburkan.

Kredit: http://www.mwrforum.net/forums/showthread.php?p=134111#post134111

Anda boleh melayari www.yobokies.com untuk lebih gambar...bukan sahaja untuk projek ini, malah pelbagai lagi. Sapphire glass untuk skx pun ada :) Sekarang saya menantikan dengan sabar. Apa yang saya akan dapat dari projek ini?

1) Sebuah PMMM yang saya kira cantik dipandang mata
2) Pengalaman, memandangkan saya bercadang untuk membuatnya sendiri. Sebelum ni setakat bukak caseback, cabut keluar crown stem, dan cabut keluar enjin untk kerja-kerja pembersihan. Tukar hands dan dial akan jadi pengalaman baru untuk saya :)

Mudah-mudahan impian terlaksana, InsyaALLAH.

Sunday, June 12, 2011

SKX007K Dengan Bond Nato

Sementara menunggu Oyster bracelet yang belum ber"budget", Bond nato menjadi pilihan utama untuk menggantikan Z22 yang sering terjelir bila dipakai di tangan.

Nato Bond ini dibeli dengan harga RM30 beserta kos Poslaju dari Sarawak. Ia agak nipis memandangkan harganya tidaklah begitu mahal. Namun masih memiliki "the look" :)

Nato band juga bermakna, kerja-kerja menukar tali jam menjadi mudah, bahkan sangat mudah. Tidak perlu lagi "kuku kambing" untuk menukarnya, yang kadang-kadang terguris juga di bahagian "lug-end", yang akhirnya mengguris juga hati. Sayang, sayang. Walaupun ia tidaklah dalam kategori mewah, namun sayang tetap sayang.

Ia bererti perlindungan juga untuk "caseback"nya dari tercalar :) bahagian tepi taklah...yang tu kalau dah tercalar, Cape Cod polishing cloth lah jawabnya :p

Bond Nato dengan Seiko Bond, satu gabungan yang mantap? Untuk saya, ya! Namun lain orang, lain citarasanya. Satu masalah dengan strap-strap sebegini, ia memerap peluh yang sudah pasti akan mengundang masalah "hygiene" kelak. Apapun, ia sangat mudah dicuci, dan cepat pula kering. Sementara yang satu lagi basah, mungkin Nato berwarna "Olive Green" atau biru pekat menjadi pilihan :)

Friday, June 10, 2011

Seiko SKX007K1 - Jam Biasa-biasa

Buat masa ini, Seiko SKX007 adalah kemuncak pembelian saya. Pembelian yang lain-lain perlu ditangguh terlebih dahulu. Cadang nak beli yang J version...tapi tak apalah, sama sahaja pada walau "psiko" nya ada sedikit perbezaan...mungkin dari segi nilai collectivity dan kepuasan. Untuk saya, membeli jam ini rasanya sama seperti memiliki G-Shock DW-5600E tu, puas hati, dan InsyaALLAH tentu ia lebih kerap dipakai. Selepas ini Oyster II bracelet atau Super Engineer dari Tungchoy bakal menyerikan lagi SKX007 ni. Review tentang SKX007 ini rakan-rakan boleh baca di sini:

i) Review dari Quartzimodo - Saudara Zami aka Stratman
ii) Dari Edscorner - dengan bracelet Oyster