Monday, September 24, 2012

King Seiko 5625


Lama juga pencarian King Seiko ini berlangsung. Akhirnya ketemu jua. Sepanjang pencarian, banyak juga yang muncul. Tapi harganya di luar bajet saya. Agak sukar juga nak jumpa memandangkan pasaran vintaj Seiko lebih didominasi penyelam. Cuma yang baiknya, untuk jam-jam dress vintaj Seiko sebegini, kebanyakannya insyaALLAH all original parts. Kalau ada pun aftermarket nya mungkin pada talinya.

Jam yang baru ditemui ini baik kondisinya. Berjalan dgn cemerlang pada mata saya yang newbie ni :) Berkapasiti 28,800, ia dikategorikan sebagai hi-beat. Memang asyik melihat jarum saatnya berjalan. Lancar! 

Bersaiz agak kecil berbanding standard sekarang iaitu 36mm. Untuk jam dress, pada saya ia sangat acceptable. Putih cream menambah perisa vintajnya yeng memang dah sedia vintaj :)

Crown asli bertanda "KS". Pelik juga...ini adalah antara faktor penting saya meminati jam KS :p Tak kisahlah janji suka. Cermin timbul melebihi case nya. Rasanya cermin adalah dari jenis kristal. Sila perbetulkan saya sekiranya tersalah ya

Fungsi quickset jam ini dah tak boleh pakai. Tapi date masih bertukar dengan baik. Tiada isu di situ :)

Nampak tulisan KS tu? :) Hi-beat pun ada :)

Dial masih bersih tanpa ada kesan stain. Best!

...tapi gold medalion dah takdak. Kalau yg ada medalion rupa dia mcm ni:

Sumber: http://sukajam.blogspot.com/2011_02_01_archive.html

Sungguh hensem tangan  jam ini bila dipakai di tangan :)

Kesimpulannya, saya berpuashati dengan pembelian kali ini. Ia tidaklah dirancang. Tapi disebabkan ia jarang-jarang muncul, dan bila muncul pulak pada harga yg saya mampu, apa lagi :)

Untuk bacaan lain blogger tempatan tentang Seiko KS ini (berbeza siri), sila ke:

http://sukajam.blogspot.com/2011_02_01_archive.html

http://detikduabelas.blogspot.com/2011/02/ks.html

http://wafeesoid.blogspot.com/2011/12/king-seiko.html

Thursday, September 06, 2012

SOLD: Seiko Frankenmonster Yang Oren


Up for sale ialah Seiko Frankenmonster milik rakan baik saya untuk dijual. Jam berkeadaan memuaskan dengan rating 8.5/10. Walau bagaimanapun bakal pembeli dialu-alukan untuk COD bagi meliihat dengan mata kepala sendiri dan judge it on your own :) Gambar di atas ialah gambar sebenar jam ini.

Maklumat lanjut mengenai jam ini ada saya buat di sini:

http://walikard.blogspot.com/2011/07/seiko-skz249-aka-frankenmonster.html

Berminat? Sila hubungi pemilik asalnya, Kamarul Bahrin di 016-6796663. Jam didatangkan dengan strap oren, rubber strap asal, beserta kotak. Harga? RM500 NEGO (bukan dengan saya, dengan pemiliknya ya :D)

Wednesday, September 05, 2012

Citizen Promaster BN0101. Nantikannya

Macam biasalah, nantikannya....:) yang pasti, value for money InsyaAllah

Monday, August 27, 2012

Orient Submariner


Eid Mubarak untuk rakan-rakan sekelian :) Agak terlewat ucapan raya daripada saya pada kali ini. Untuk post kali ini, saya sekadar nak memperkenalkan jam yg sedia diketahui umum ni. Orient2ER00001B atau lebih dikenali dengan nama Orient Submariner sementelah mengambil design yg memang sama macam Rolex Submariner...kata orang, Orient ni adalah the best homage to Rolex Sub. Wallahu A'alam. Setakat pada mata saya yg sangat2 mentah ni, memang macam itulah rupanya. Boleh lihat liputan dan perbandingan yang lebih detail dibuat oleh blogger Duniajam di sini:

http://duniajam.blogspot.com/2009/11/orient-submariner.html


 Klasik design sebegini...timeless...rasanya untuk tahun-tahun yang mendatang sekalipun, design sebegini tetap akan ada follower nya yang tegar. Dengan saiz 40mm yang memang sedap dipakai, jam ini sering saja dalam list rotation saya. Tak berat sangat, tak besar sangat...sedang-sedang sahaja :) Sederhana


Cyclopnya berfungsi dengan baik sebagai date magnifier. Ada sesetengah orang buang...tapi saya suka ia di situ. Unik juga :)

 Walaupun hanya WR100m, crown nya adalah dari jenis screw. Jadi tanpa ragu-ragu saya mandikan aje jam ni...ambik wudhuk pun takde hal...kenakan saja ia dengan air :)


Cerminnya biasa-biasa saja...bukan sapphire, bukan AR coated. Jelas sekali kelihatan flare di situ...bukanlah suatu masalah kerana harganya sangat2 berpatutan.

 Braceletnya adalah dari jenis solid, tapi end linknya adalah dari jenis hollow. Oklah, serve it purpose well :) Selesa dipakai...lume dia? Lemah...tak sebaik seiko

...cuma kat claspnya ni agak tajam...lama-lama ok kot...tapi sama sekali tak mejejaskan keselesaaanya...walaupun murah, buatannya tidaklah cincai...lihat saja pada carved logo tu.

Caseback yg plain saja...yg pasti logo hologram tu mesti ada utk megesahkan ketulenannya :)

Kesimpulannya, memang sangat value for money...tak caya? Try beli :D Bacaan lain tentang jam ini boleh dilihat di sini:

http://sukajam.blogspot.com/2010/06/orient-submariner-automatic.html 

http://www.pmwf.com/Phorum/read.php?26,290017

Thursday, July 12, 2012

Lume apa ni?


Kawan-kawan di luar sana tentu tahu lume jam mana yang dipaparkan dalam post kali ini. Kacang aje :D Jom teka :)