Jam ini merupakan antara siri Seiko 5 Sports yang popular di kalangan penggemar jam. Ia datang dengan pelbagai variasi warna, namun warna oren inilah yang menjadi rezeki saya kali ini :) Di jual oleh seorang kenalan baik pada harga yang terbaik, saya tanpa berfikir panjang terus saja membelinya. Bentuk yang unik, lengkap dengan shroud seakan-akan Tuna can lantas menerbitkan cinta pandang kedua. Kali pertama terlihat memang tak minat :p
Kenapa ia dipanggil Frankenmonster ya? Setelah di google, maka inilah sebabnya:
Kredit: http://forums.watchuseek.com/f21/frankenmonster-owners-club-347533.html#post2589398
Skru yang terbonjol keluar dari shroud tu seolah-olah macam skru yang ada kat tekak Frankenstein itu.
Kombinasi warna case yang "brushed finished" dengan shroud berwarna hitam kena pada selera saya. Lug yang berlubang pula bermaksud kerja-kerja penukaran strap adalah mudah. Macam Seiko Monster juga.
"Caseback" nya juga agak unik dengan "brushed finished", berserta ukiran tsunami yang terkenal itu. Agak jarang Seiko 5 yang mempunyai kebolehan menyelam seperti ini. Turut terukir nama caliber 7S36 yang terbukti ketahanannya.
"Crown" nya memang besar. Terpampang tulisan 5 yang kelihatan gagah itu.
Dial berwarna oren, dengan strap getah yang sepadan. Satu kombinasi yang ada "chemistry". Terus terang, saya tak pakai tali oren tu ke pejabat :p Sebaliknya ditukarkan dengan tali asal, B22 yang agak keras. Kalau Z22 tu kurang selesa, B22 lagilah tak selesa buat saya. Jadi Zulu 22mm telah ditempah dan dalam perjalanan ke Malaysia.
Macam mana dengan lume dia ya? Terbaik!...macam kat gambar ni:
Kredit: http://forums.watchuseek.com/f21/frankenmonster-lume-stuff-336907.html
Adakah ia pembelian berbaloi? Sudah semestinya :) Dengan "features" sebegini dan harga yang tak mampu ditolak lagi, Frankenmonster ini merupakan antara pembelian berbaloi saya. Mengharap jodoh yang panjang dengannya :) Kredit kepada pemilik asal yang mengambil gambar-gambar di atas. Sebenarnya, gambar-gambar itulah yang menyebabkan saya tergerak membelinya. Memang racun! :)
10 comments:
Tahniah...memang cantik. Turut tersenarai dlm senarai pendek jam ingin dimiliki tp terpaksa ditunda dulu...tak sabar nk tgk franken dgn nato import...sweeet
Hehehe..pun tak sabar tunggu sampai :) Btw, wjean bracelet utk skx007 tu pun tak sampai2 lagi..lama betul..mmg betullah kalau dari canada mmg lembab..haha
aku dgr dlu nk amik dr tungcoy, kalau pos dr belah sana silap ari boleh makan bulan. Menunggu mmg pasrah bro...
Memang la bro, pasrah ajelah :) mula mmg nak ambik dari tungchoy..tapi sajalah nak try angin dari canada pulak. Belum pernah lagi beli apa2 dari sana. Harapnya penantian ni berbaloi :)
congratz on your tool watch. nicer than orange monster...right choice bro.. jam in agak tebal kan bro ?
Boleh tahan bro, tapi taklah tebal sgt berbanding monster. Lebih kurang saja rasanya. Later I'll compare with my friend's monster :)
brpe hrge die ek??cam berminat lak..hehe
Saya tak bercadang nak jual lagi tu, masih hangat di tangan :)
brpe harga di pasaran ye??
dh try cari kat ebay tpi xde..
Tak silap saya di citytime.my ada dijual, RM750. Di ebay sy kurang pasti berapa harganya. Ada beberapa varian sebenarnya. Mgkn yg berwarna oren yg sukar didapati
Post a Comment