Alhamdulillah, pada 31 Mac 2011 yang lepas, saya berjaya juga mendapatkan Seiko 6309-7040 dari Uncle farid Chan atau lebih dikenali di kalangan penggemar jam dengan panggilan Uncle Luv. Iklan-iklan beliau boleh dilihat di sini:
http://www.mudah.my/li?ca=8_s&id=2616 Hati-hati, Seiko 6105 ada kat situ...bisa menggoncang keimanan :) Seiko 6309-7040 milik saya tu tak punya strap...kebetulan saya ada simpan Z20 yang dibeli dari bro Ijan. Jadi, sumbat ajelah dulu walau sedikit kecil (20mm vs 22mm).
Perhatikan gap yang terdapat di hujung lug sebelah kiri. Sememangnya tak berapa cantik ada gap sebegitu. Janji boleh pakai :) 2 3 hari selepasnya saya membeli Nato strap 22mm dari seller tempatan, Bryan dari Sarawak. Linknya seperti berikut:
http://www.mudah.my/New+NATO+military+nylon+watch+strap-8811642.htm?last=1 Warna hijau olive menjadi pilihan hati dan beginilah hasilnya:
Bergambar bersama-sama Nato strap biru Navy
Wrist Shot
Dalam masa yang sama, saya membeli Nato strap berwarna biru navy dari www.tungchoywatch.com, HK-based seller. Penghantaran dalam masa seminggu lebih...not bad memandangkan kaedah penghantaran hanya menggunakan normal postage without tracking no.
Nato strap ni amatlah mudah untuk ditukar ganti. Memandangkan ia menyerap peluh, eloklah ada lebih dari satu. Satu basuh, satu lagi pakai...dan seterusnya. Kelebihan lain ialah, sangatlah selesa dipakai. Cuma jangan basahlah, memang kalah sebab ia jenis menyerap. Saya yakin yang murah atau mahal sama saja sifatnya iaitu menyerap. Mungkin lepas ni nak try bracelet pulak macam ni:
Gambar dari www.tungchoywatch.com
Antara faktor istimewa 6309-7040 ni ialah production datenya:
Itu Julai 1981, bulan dan tahun saya dilahirkan. Seusia saya! (Maaf kurang jelas ya)
Jam ni semua berkeadaan asal kecuali hands nya dari original seiko 7s26. Jadi, yang "menyala" hanya hands nya sahaja memandangkan ia baru. Apapun, saya berpuas hati memiliki model ini. Mungkin lepas ni semakin susah nak dapat, dan tanda-tandanya juga hampir2 jelas kelihatan. Semakin kurang yang menjual, dan dalam masa yang sama makin bertambah pula bilangan pembeli yang memburu model vintage yang dah mencapai status "cult" ini.
4 comments:
Salam perkenalan.Cantik jam ni azrul, saya minat jam tu. Tapi harganya boleh tahan le, sekarang kat blog lain pun kalau ada harga RM600 ke atas.
Salam perkenalan cikgu :) Memang pun, harganya sekitar RM600-RM700 sekarang. Klu tinjau kat flea market kat Amcorp Mall setiap Ahad, sekurang-kurangnya RM700! Apapun, pada saya mmg berbaloi untuk dimiliki.
Ada sesiapa nak beli jam saya seiko 9309-7040..tahun1975/76 ..rm1000 ..saya amatttt sayang jam ni...hntar servis sekali aje kat service center seiko...masa tu kat thong sia jln tar kl...skrg dah pindah tempat lain....lagi lama simpan lagi mahal kot...timenya tepat...the best watch i ever have n had ha ha
Ada sesiapa nak beli jam saya seiko 9309-7040..tahun1975/76 ..rm1000 ..saya amatttt sayang jam ni...hntar servis sekali aje kat service center seiko...masa tu kat thong sia jln tar kl...skrg dah pindah tempat lain....lagi lama simpan lagi mahal kot...timenya tepat...the best watch i ever have n had ha ha
Post a Comment