Sunday, May 15, 2011

Classic Casio Databank Calculator Watch DBC610

Jam ini saya beli kembali minggu lepas. Beli kembali? Ya, beli kembali. Jam ini pernah saya pakai sepanjang tahun 1997-2000. Dapat masa Form 4, dan hilang masa ambik wudhuk di masjid UIA PJ. Diletakkan bersama-sama spek...selepas wudhuk, spek ada, jamnya yang tiada :p Memang agak frust sebab sayang sangat jam tu. Tambahan, pemberian dari ibu bapa masa pulang bercuti dari MRSM Kuantan. Jam yang pelik-pelik sebegini seakan-akan komputer mini memang menarik minat saya sehingga kini. Masa mencari-cari jam Casio apa yang nak dibeli untuk koleksi, jam databank ini terpampang...lantas terus di paypal kan :) Selepas 2 hari, jam pun tiba dari bumi Temasek yang sememangnya dikenali sebagai hub jam dunia. Maklumat lanjut berkenaan jam ini akan saya paparkan sedikit masa lagi.

3 comments:

duniajam said...

Tahniah! Jam2 nostalgia begini mmg sangat bernilai untuk dimiliki kembali...

walikard said...

Terima kasih dr DJ. Antara jam yang kerap saya pakai ke office. Memang jam kenangan dan banyak nostalgianya :)

Anonymous said...

pernah dimiliki, tapi akhirnya dilepaskan jua