Saturday, January 21, 2012

Selamat Pulang Seiko 6139


Alhamdulillah, setelah hampir 4 bulan, jam ini keluar juga dari hospital :) Masa yang diambil agak lama memandangkan projek ini mensasarkan 100% parts original Seiko 6139. Proses pencarian parts original memang mengambil masa, dan perlu banyak sabar. Kredit kepada Usin yang berpengkalan di www.seikologi.wordpress.com. Hasil kerja beliau amat memuaskan :) Berikut di bawah adalah gambar asal jam tersebut sebelum diberi rupa baru:

Untuk paparan yang lebih lengkap, saudara Usin ada memblognya di ini:


Menarik? Pada saya sememangnya menarik :)

Friday, January 13, 2012

SOLD: G-Shock G-7900-1DR

Up for sale ialah G-Shock G-7900-1DR yang kelihatan seperti baru ini. Masih hensem :)

Perhatikan saiznya yang lebih besar berbanding Casio Kiblat dan G-Shock G-2900 di sebelah kiri dan kanannya itu. Kelihatan gagah.
Pandangan sisi atas yang menyerlahkan "kebesarannya". Readability antara yang terbaik dalam kelasnya. Turut terdapat fungsi tide graph dan moonphase. Mungkin kaki pancing perlukan info sebegini untuk merancang aktiviti pancingan mereka.


Cantik kan? :) RM200 sahaja termasuk Poslaju. Warranty masih valid untuk 9 bulan InsyaALLAH. Kotak dan manual disertakan. Berminat? Hubungi saya segera untuk urusan pembelian :)