Wednesday, May 16, 2012

Casio G-Shock DW-9052


Alhamdulillah, G-Shock DW-9052 yang saya beli semalam telah selamat sampai hari ini. Model ini merupakan model lama yg di re-issue, yang seangkatan dengan DW-6900 dan DW-5600 yang lebih popular dan terdapat dalam pelbagai warna. Model ini hanya terdapat dalam warna hitam dan biru sahaja. Yang biru adalah seperti ini:

Cantik juga kan? :)


Display model ini terbahagi kepada 4. Penunjuk waktu di bahagian bawah manakala tarikh dan hari di bahagian paling atas. Bahagian bulatan adalah penunjuk saat bagi setiap 10 saat. Bahagian yang berbentuk segiempat di tengah-tengah itu pula adalah penunjuk saat. Setiap kali penuh, satu bar pada bahagian bulatan akan terpampang.


Tulisan G berwarna merah pada butang illuminatornya. Kedudukan butang illuminator sebegini memudahkan operasi backlit nya. Terdapat juga G-shock yang butang illuminatornya di bahagian lain seperti Gulfman dan DW-5600 yang terletak di sisi jam. Kadang-kadang di dalam gelap terkial-kial juga mencari di mana butangnya. Kalau di tengah-tengah mudah saja mencapainya tanpa perlu mengagak fungsi butang tersebut.

Kelihatan plastik yang terkeluar di bahagian lug nya. Design sebegini persis yang terdapat pada model G-7900...  

...namun dari bahagian bawah, ia sama sekali tidak sama. Flap yang terdapat pada G-7900 lebih besar, dan memang menangkap pergelangan tangan bagi mengelak ia bergerak-gerak dengan bebas. Pada model ini pula, saya kurang pasti fungsinya. Yang pasti kalau nak tukar battery, kena cabut plastik kelabu tu dulu. Seperti yang terdapat pada kebanyakan G-Shock yang lain, logo "G Shock Resist" sebegitu memang tidak dapat dipisahkan.

Wristshot yang menunjukkan jam ni taklah besar sangat sebenarnya. Sedang-sedang saja :) Salah satu pembelian jam lasak termurah, tapi kualiti yang ditunjukkan memang melebihi harganya. Kata G-Shock.... :D
Posted by Picasa