Jam Casio Databank DBC-380 ini sudah agak lama saya mencarinya. Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya. Di kedai tempat saya membeli jam ini, tinggal satu ni sahaja. Yang Gold ada seutas lagi. Kalau ada sesiapa yang berminat hubungi saya ya untuk yang gold tu :)
Jam ini merupakan edisi re-issue daripada model yang pernah popular dahulu. Mungkin disebabkan terdapat permintaan yang berterusan, model-model yang pernah popular dikeluarkan kembali. Design yang simple sebegini sememangnya evergreen dan tak ditelan zaman.
Sesuai dengan namanya, jam ini tak lengkap rasanya tanpa fungsi databank. Dibekalkan dengan 30 slot memori, anda boleh merekodkan nombor-nombor telefon yang penting-penting di sini. Semasa zaman buku telefon kecil lah yang menjadi rujukan, fungsi jam ini sememangnya handy, dan risiko kehilangan nombor telefon agak tipis melainkan jam ini dirembat oranglah :p Saya kira, fungsi ini hampir tidak relevan lagi untuk zaman ini memandangkan telefon menjadi peranti all-in-one, termasuklah buku telefon tadi.
Fungsi alarm yang turut menjadi ciri-ciri jam ini. Ia dilengkapi dengan 5 alarm. Fungsi ini masih saya gunakan sehingga kini.
Fungsi timer nya adalah sehingga 24 jam! Hmm, saya tak pernah guna sampai 24 jam :D habis-habis pun 1 minit. Yang pasti, di setiap fungsinya pasti waktu semasa akan dipaparkan KECUALI di dalam mode databank.
Bracelet biasa-biasa saja tapi selesa. Walaupun murah, tiada elemen cincai yang kelihatan di sini, termasuklah kat tali jam ni.
Jam ini agak formal juga...jadi saya kira sesuai juga nak dibawa bekerja. Berbaloi? Berbaloi :)
Sebagai catatan tambahan, Dr Asmar DuniaJam juga mempunyai jam yang hampir sama dengan model ini. Apapun, modul nya adalah berbeza. Rupa saja hampir sama. Sila ke link berikut untuk maklumat lanjut:
Lebih klasik! Dan susah bebeno nak jumpa dah :)
15 comments:
Apa yg membuatkan tuan jatuh cinta dgn jam ni?? cecita2 :)
Hehehehe...tak berapa panjang ceritanya :p aku mmg minat siri databank ni bro, tambah yg design klasik camni...mengimbau kenangan lama :)
...Oooo kisahnyaa...mengimbau kenangan bagus tu bro...harap2 lepas ni jgn tinggal kenangan udah le : )
InsyaALLAH, unless ada tujuan yang lain, yang tak dpt nak dipastikan buat masa ni :p
berapa ongkos nyer klu baru jam ni bro?
Bro matsal, saya beli pada harga less than RM150 :)
wah... berbaloi ni...
Casio Databank paling byk aku ada... juga paling aku suka....
Tahniah bro! Skrg ni Casio2 classic semakin diminati... dah jadi trend plak skrg pakai Casio2 klasik camni... hehe
Matsal: insyaAllah sememangnya berbaloi :)
DJ: Tq bro,sememangnya siri databank antara yg paling diminati ramai...rasanya klu kumpul siri databank mcm menarik juga bro. Trend skrg bro, back to retro. Yg warna gold antara yg cepat disambar
nnt bole mintak saudara tolong tgk2 kat kedai tu lagi, klu ada lagi... dan klu ngam harga bole laa saya bank in hehehe..
Matsal: Boleh InsyaALLAH :) Nanti saya update ya. Last tgk hari tu warna gold yg masih ada
buat masa ini saya kurang sikit ngan warna gold ni... tapi tak tau laa klu usia dah meningkat suka plak kat warna gold ni..
Samalah bro, saya pun kureng skit kat warna gold...warna yg sinonim dengan peningkatan usia :)
Post a Comment