Thursday, October 04, 2012

Precista PRS18A


Alhamdulillah, Precista PRS18A yang dipesan selamat sampai ke tangan saya dalam masa 3 hari dari England :) Jauh juga tu...namun pihak UPS cekap menjalankan tugas-tugas mereka, dan memastikan jam ini sampai ke tangan saya pada masa yang ditetapkan. Apapun, ianya atas kehendak dan izin ALLAH SWT juga :)

Jam ini pada asalnya didatangkan dengan tali Nato bond atas pilihan saya. Namun ia kelihatan agak santai dan relax. Untuk memberikan sedikit rupa yang serius, saya menukarkannya dengan tali Rios dengan kebolehan water resistant daripada saudara Jolee Yeow. Untuk melihat koleksi jualannya, rakan-rakan boleh ke www.wristsolution.wordpress.com. Saya berpuashati dengan kualitinya, dan benar seperti yang dikata, water-friendly :D

Crown bersign "P" dalam font yang menarik untuk tatapan penggemar seni. Apa yang menarik, crown ini berada dalam kedudukan yang perfect, dalam keadaan "P" yang tidak terbalik, senget atau sebagainya...depa ni ukur kot bagi ngam2 :) Best!

Pandangan dari sis atas kiri jam ini. Crystal jam ini adalah dari jenis sapphire, dan mempunyai AR coatings kebiru-biruan. Maaf saya tak dapat nak zahirkannya di sini. Teknik saya masih banyak kelemahan yang boleh diperbaiki

Case di telah di "bead-blasted" dengan begitu baik sekali. Bezel pun begitu. sand-blasting work nya memang terpuji, dan even pada keseluruhan case dan bezel. Terbaik pada saya.

Caseback yang biasa-biasa sahaja. Terpampang no siri jam ini di sana, dan rating kedalamannya. Jam ini di jana oleh caliber Miyota 9105, 24 jewels, berkebolehan hack & wind, berkapasiti 28,800. Terdapat juga variasi Quartz yang dijana Ronda 715Li, 5 jewels dengan jangka hayat bateri 10 tahun.

Great Britain? Ya, ia dibeli dari negara tersebut, walaupun dikilang di Jerman. Jam ini mempunyai sejarahnya tersendiri di mana model ini adalah jelmaan semula/re-issue kepada Precista 93, di mana jam ini kebanyakannya digunakan oleh RAF Search and Rescue divers dan Royal Naval Reserve Port and Clearance divers. Bacaan yang lebih lengkap dengan gambar-gambar yang lebih menarik boleh didapati di sini:

Pandangan dari sisi kanan jam...sorry for the flare! Payah nak adjust :p

Wrist shot :) Dengan diameter 39mm-40mm (termasuk crown 43mm, lug to lug 47.5mm), ia sememangnya bukanlah jam yang besar spertimana lazimnya jam-jam diver yang bersaiz 42mm dan ke atas. Namun saiz sebegini sedap2 dipakai...taklah kecik, dan tak terlalu besar. Kentang di belakang bukan untuk dijual :p

Lume C3...hanya dengan sedikit/sekejap suluhan cahaya, dah boleh mendapat hasil sebegini. Sememangnya seperti yang dijangka :)

6 comments:

sah_kul said...

...ermmm...tak sangka kentang goreng boleh menambahkan kecerdasan minda untuk mengarang post utk blog...nampaknya kena amik petua ni...anyway...jam precista yg cantik...sgt sesuai sekali dengan bro.. tahniah...

walikard said...

Hahaha...itu hidangan biasa petang2 buat alas perut atau sebelum sambung keje balik :p Thanks bro...inspired by si cermin cembung benrus dari selatan :D

Anonymous said...

berapa rm nh tuan

walikard said...

Almost RM1.3k, beli dari timefactors.com

zul said...

Cantik jam tu...harga pun berpatutan untuk jam baru. Bertambah-tambah le koleksi diver..

walikard said...

Terima kasih Cikgu Zul :) diver saya tak banyak mana, sikit2 saja :)