Squale, satu nama yang agak asing dalam dunia horologi di Malaysia. Namun bergitu, di luar negara mereka agak terkenal sebagai pembekal case jam, ke jenama-jenama popular lain seperti Heuer, Doxa, Blancpain dan sebagainya. Selain itu, mereka turut mengeluarkan jam sendiri di bawah label Squale. Squale agak lama menyepi sehinggalah membuat kemunculan kembali pada Februari 2010. Pada tahun 2012, mereka memperkenalkan model baru dengan tema klasik iaitu Squale 20 Atmos Series. Antara yang terdapat dalam siri tersebut ialah 20 Atmos Maxi ini. Untuk varian lain dalam siri ini, saya cadangkan tuan-tuan untuk membaca link di bawah:
http://roguehogticktock.blogspot.com/2012/12/a-family-review-squale-20-atmos-1545.html
Model ini merupakan homage kepada hugely popular Rolex Submariner. Banyak persamaan yang boleh didapati yang antaranya ialah cyclop pada datenya. Dengan 2.5 magnification, ia memang berfungsi dengan baik. Gambaran yang lebih jelas boleh dilihat pada gambar-gambar lain di bawah.
Signed crown dan bersaiz besar. Antara faktor penarik untuk jam ini ialah crown operation yang sangat smooth dan lancar. Sekirannya anda pernah mengoperasikan crown Seiko Tuna (SBBN007, SBBN017, SBBN015 dll) anda akan memahami maksud saya :) Bak kata seorang WIS dari luar negara, you don't have to "guess" to crown it back in :D jam ini dijana oleh caliber ETA 2824-2 yang sememangnya terkenal dengan reliabilitinya.
Kristalnya adalah dari jenis sapphire flat. Dialnya berwarna matte black, dengan index yang sedikit besar...dan nama MAXI adalah bersempena indexnya itu. Bersaiz 40mm, sememangnya ia sangat selesa dipakai. Dari segi beratnya, walaupun bersaiz agak kecil dengan standard jam mutakhir ini, ia "terasa" bila dipakai.
Percubaan untuk menzahirkan cyclop yang sememangnya berfungsi. Ada yang tidak gemar cyclop...tapi saya sebaliknya :) Nampak klasik.
Sedikit keurangan pada claspnya...pada saya ia tampak biasa...dan sedikit sukar untuk dioperasikan dek kerana ketat dan sedikit tajam. Apapun bila dah pakai lama sikit ia dah ok :) Braceletnya adalah dari jenis solid...end link nya pun solid...sangat selesa bila dipakai. Extension clasp pun ada :) Macam ni:
Image taken from http://roguehogticktock.blogspot.com/2012/12/a-family-review-squale-20-atmos-1545.html