Sebagai pengenalan, apakah itu wave ceptor ni sebenarnya? Seringkali kita melihat ia dibincangkan secara kerap di forum-forum jam antarabangsa, terutama di sub forum Casio/G-shock atau Citizen. Yang pasti, ia dikaitkan dengan ketepatan masa, "super tepat" tanpa perlu anda adjust jam anda setiap hari supaya selari dengan waktu Sirim atau jam TV.
Wave Ceptor watches are able to calibrate themselves to the correct time by receiving time signals from various government time services around the world. These signals are normally driven directly by ultra-accurate atomic clocks,
and so by synchronizing with the signals, the Wave Ceptor watches
achieve long-term accuracy - the same accuracy as the atomic clocks that
drive the time signals, which is on the order of one second in three
million years.
Bagi sesetangah orang seperti saya, ketepatan to the lowest second bukanlah isu utama. Asalkan tak lebih/kurang 1 minit, saya masih ok :p Namun bagi sesetengah daripada kita yang sangat mementingkannya, jam dengan keupayaan Wave Ceptor atau Atomic Time syncing ini mampu menjadi jawapannya. Namun begitu, bolehkah kita mendapati servis ini di Malaysia?
The receivers to which the watches can tune themselves vary by watch
submodel. CASIO mentions that in Europe, the watches will tune to the low frequency time signal radio station DCF77 located at Mainflingen in Germany or MSF at Anthorn (formerly transmitting from Rugby, Warwickshire) in the United Kingdom. In Europe the reception range is approximately 1500 kilometres. In the United States, they will tune into WWVB at Fort Collins. In Japan, they will tune to JJY on 40 kHz Mount Otakadoya, and 60 kHz Mount Hagane. In China, they will tune to BPC at Shangqiu. Some watches can register only some of these signals.
Berdasarkan maklumat di atas, hanya negara Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun dan China sahaja yang mempunyai receivers ini. Setakat info yang saya dapat buat masa ini, signal boleh dipancarkan sehingga 1,000km dari tempatnya...dan jarak pemancar-pemancar ini sememangnya lebih jauh dari jangkauan pemancarannya. Jarak Malaysia ke Jepun ialah 5,000km lebih manakala China pula 3,000km lebih. Secara logiknya, memang tak boleh dapat bukan? Namun cerita yang berbeza pula di dari Alor Setar, Kedah. Sahabat baik saya, saudara Fairul mendapati penemuan yang menarik untuk dikongsi bersama. Beliau menggunkana jam G-shock GW-5600J yang mempunyai 2 multiband (boleh sync dengan 2 tower daripada tower2 yang saya senaraikan di atas)
Ketiga-tiga gambar di atas adalah bertempat di Alor Star, Kedah di mana saudara Fairul menetap. Ketiga-tiganya di ambil pada hari yang berbeza....dan ia keep on continuously sync dengan atomic time setiap hari pada setiap malam, samada pada jam 12 lebih atau pada jam 1 lebih malam. Pada mulanya suspek utama ialah ini:
Perhatikan parabola yang dipasang di rumah jiran saudara Fairul ini. Mungkinkah parabola ini yang menjadi pemangkin atau signal booster kepada wave yang dihasilkan oleh receivers yang letaknya jauh beribu-ribu km dari Malaysia? Untuk mengesahkannya lagi, kali ini saudara Fairul cuba mengujinya di kampung beliau pula yang terletak 30km dari kediamanya...dan menemukan ini:
Ya, satu lagi jam G-shock beliau iaitu GW-M5610BC berkebolehan wave ceptor masih mampu menangkap signalnya!
Adakah Malaysia sudah mempunyai towernya yang tersendiri? Saya yakin tidak...dan yakin parabola itu memainkan peranan penting dalam hal ini. Apapun keyakinan saya sedikit goyang kerana jam masih mampu untuk sync walaupun berada jauh 30km daripadanya. Mungkinkah range parabola tersebut mampu memancarkan signal sejauh itu? Ya, masih logik, namun masih perlu diuji kesahihannya.
Adakah anda megalami pengalaman sebegini di tempat-tempat yang lain pula? Saya amat berbesar hati untuk berkongsinya di sini :)