Sunday, March 03, 2013

Casio G-Shock DW-5600EG

 G-Shock daripada siri 5600 merupakan antara g-shock yang paling banyak variasi, di samping satu lagi model ikonik G-shock iaitu 6900. Kali ini model basic DW-5600EG yang menjadi pilihan. Huruf G di hadapan tu merujuk kepada Gold. Bukan Gold betul, sadur aje :)

 Display model ini sedikit keemasan, macam retro gitu...juga pada tulisan "Protection" dan "G-shock" seperti dalam gambar. Terdapat juga dalam variasi Foxfire yang dah pupus dan kini menjadi buruan kebanyakan peminat G-Shock...dan harganya memang mahal.

 Bukan saja display dan tulisan pada bezel, malah button pun gold :) Kualitinya memang baik, dan warna gold tu buat masa ni tak faded. Masa yang akan menentukan kelak sejauh mana ia bakal bertahan.
Buckle pun gold juga..terpampang tulisan "Casio China" di situ...benar, kebanyakan G-shock sekarang adalah dari China...versi Thailand pula yang dah banyak berkurangan....apapun jangan bimbang, ia masih asli, dengan kualiti G-shock yang kita semua sudah sedia maklum.
Caseback adalah dari jenis biasa. Kebanyakan G-shock masakini dilengkapi dengan caseback yang serupa. Kalau screw back, tentu harganya sangat mahal.

DW-5600EG ini dilengkapi dengan beberapa fungsi asas. Antaranya ialah alarm. Tak cukup kuat untuk membangunkan saya dari tidur :p

 Fungsi timer pun ada...

 ...dan stop watch.

 Sisi pandang yang berbeza...

Antara jam yang paling kerap saya pakai. Mungkin disebabkan saiznya yang selesa, dan lasak. Memandangkan saya banyak menggunakan motor untuk urusan kerja seharian, maka jam ini memang sangat2 boleh diharapkan :) Harga? Memang tak mahal...anda boleh mendapatkannya pada harga di bawah RM250 sahaja.

2 comments:

sah_kul said...

5600 mmg cool bro... wajib ada sbiji utk penghias tangan...model eg made in Malaysia sya pnah ada dulu...sampai skrg menyesal sbb da jual huhu...

walikard said...

Kalau tambah gw5000 pun terangkat bro :p Mmg benar bro, 5600 simple dan ikonik. Barang yg lepas jangan dikenang bro nnti angau :p