Alhamdulillah, setelah agak lama menanti, Tuna yang dinanti muncul jua dengan rupa baru yang di inspired dari forum-forum antarabangsa.
Gambar di atas ialah rupa asal jam ini. Braceletnya dari jenis anvil saya beli berasingan dari yobokies.com. Sangat selesa dipakai walaupun sedikit berat. Linknya yang kecil-kecil mengikut bentuk tangan, seperti jubilee bracelet juga. Worth investment, dan kena pada Tuna tu. Meant to each other? Hehe
Sempatlah berposing di tepi laut sebelum jam di hantar untuk proses make-over :) Saya menempah cermin dome sapphire dengan AR coating dan insert bezel original dari SKX007. Kedua-duanya juga dibeli dari yobokies.com.
Siap akhirnya :) Alhamdulillah :) Seterusnya biar gambar-gambar sahaja yang berbicara :D
Maaf glaring yang sedikit menggangu gambar. Perhatikan tulisan kanji tu. Walaupun saya tak faham bahasa Jepun, tulisan tu bermakna Ahad sebab warna dia merah :D
Caseback standard dengan lambang Tsunami yang menjadi trademark Seiko sejak sekian lama.
Case yang terjaga rapi oleh shroud nya. Asalnya adalah bead blasted. Namun telah di refinish dengan brushed finishing yang saya lebih gemari
Gambar movementnya. Movement ini adalah dari jenis 7C46, high torque dengan 7 jewels. Setiap bateri mampu bertahan selama 5 tahun, InsyaALLAH.
Kesimpulannya, dengan kos dan penantian yang sedikit lama, ianya sangat-sangat berbaloi. Hasil kerja berkualiti tinggi turut menjadi faktor kepuasan hati. Senyum :)
4 comments:
hensem sungguh macam tuannya... :)
Sangat bro :p
salam tuan...bpe kos makeover keseluruhan ye?sy pn cadang nk bt jgk..cantil la. mohon pencerahan tuan..makasih.
Wslm wbt. Dalam 450-500 insyaAllah. Paling Sapphire glass nya dalam 300
Post a Comment