SNKM97K, begitulah nama yang diberikan kepada jam Seiko serba baru ini. Klasik menjadi tema utama bagi jam-jam lain dalam siri ini. Bagi saya, warna hijau ini yang paling menggamit hati minta dipakai di tangan :D
Cushion casenya agak besar, dengan marker dan jarum jam yang bersalut emas nampak menonjol dengan warna hijau yang menjadi latar jam. Persis sarb017, model Seiko JDM yang terkenal itu.
Jelas keklasikannya :) Lug width adalah 24mm, dengan WR 50m sahaja.
Jarum saat merah tu!
Jam ini dipacu oleh movement 7s26, movement lama Seiko yang masih terpercaya...sangat reliable dan serviceable almost di mana-mana.
Clasp simple, dengan bracelet 2 kemasan iaitu polished di bahagian tengah dan diapit pula dengan brushed finishing di sebelah kiri dan kanan link.
Pandangan sudut tepi kiri...tampak ketebalannya, namun selesa dipakai walaupun agak berat
Unsigned crown...kalau ada sign "S" cam lagi best..hehe
Kesimpulannya, kalau anda sukakan jam yang besar dan klasik, silalah beli :D Namun, pada hemat saya model ini agak sukar dicari mungkin...harga yang tidak mahal (Bawah RM600), classic-looking adalah faktor-faktor mengapa ia diburu....Terbaik? Ya, memang terbaik :D
1 comment:
mane saya nak dapatkan jam ni??
Post a Comment