Showing posts with label skx009. Show all posts
Showing posts with label skx009. Show all posts

Tuesday, October 04, 2016

SOLD: Seiko SKX009J


Salam kawan-kawan :) Sudah amat lama blog ini tidak dikemaskini. Masih wujud, tapi hanya aktif di belakang tabir :D Kali ini saya bawakan seutas jam lagenda untuk dilepaskan kepada tuan yang baru, SKX009J.


Jam ini adalah dari tahun 2003. Ciri2 model J yang kelihatan di sini ialah tulisan "21 JEWELS" di bawah tulisan "DIVER'S 200M" dan juga hari dengan tulisan Arab. Index pada dial sudah berpatina, begitu juga dengan hands nya.


Maaf gambar tak berapa nak jelas di sini. Ada calar2 halus, tapi sedikit dan tiada dent. Tali adalah aftermarket. Tali yang lama dah ditamatkan perkhidmatannya :p


Caseback di belakang ada calar kesan pembukaan mungkin. Jam ini telah diservis beberapa kali sepanjang hayatnya. Saya tidak pasti bila kali terakhir ia diservis. Serial no di belakangnya menunjukkan jam ini dari tahun 2003...dah 13 tahun :D


Sisi kanan jam dengan crown nya juga amat minimal kesan calarnya. Tuan asal jam ini pastinya seorang yang cermat semasa memakainya.


Hensem betul kan jam ni? :D 


Bergaya sekejap. Walaupun tangan saya kecil, memakainya tidak pula kelihatan besar...dan bagi sesiapa yang biasa dengan model ini, pastinya tahu tentang keselesaannya semasa memakainya.

Berminat? Hubungi saya di talian 019-3799160 untuk urusan peminangan. RM499 sahaja dan harga adalah tetap :D Terima kasih kawan2 kerana sudi bertandang ke blog ini.

Wednesday, November 09, 2011

SOLD: Seiko PMMM Dial & Hands untuk Seiko SKX



Up for sale ialah PMMM mod dial dan hands untuk Seiko diver SKX series seperti SKX007, SKX009 dan sebagainya. Hasilnya akan jadi seperti ini:


Saya pernah menulis tentang projek ini di sini:


Kedua-duanya hanya RM150 shipped. Langsung tak pernah pakai..kira projek terbengkalai lah ni :D Berminat? Sila hubungi saya untuk proses selanjutnya.

Monday, November 07, 2011

Seiko SKX009 dari 2003?


Seiko SKX009 adalah satu lagi Seiko diver yang menjadi ikon dalam dunia Seiko kelas pertengahan. Walaupun SKX007 yang lebih diberi perhatian, warna bezel pepsi ini tetap menarik bagi sesetengah pengumpul yang lain. Mungkin merasakan 007 agak common, maka sy memilih 009 pula. Apapun, ia bergantung atas selera masing-masing. Ada budget lebih, ambillah kedua-duanya sekali :)

Pada kali ini, si pepsi diver ini agak istimewa sedikit buat saya memandangkan ia adalah dari tahun 2003, berkeadaan asal, dan nampak vintaj dengan kesan penggunaan yang agak ketara. Dengan cermin yang bercalar dgn kesan calaran lama, di samping case yang mempunyai lekukan di beberapa tempat. Apapun, lume di dial masih menyala dengan cemerlang, di sebalik usianya yg dah menjangkau 8 tahun itu. Bracelet asalnya jubilee juga memberi keselesaan maksimum walaupun ia tak berapa cantik dipandang. Biasanya saya amat cerewet dengan kesan calar. Namun untuk SKX009 ini, tanpa banyak bersoal jawabnya terus saja saya menyambarnya :) Mungkin kesan penuaan yang asli menarik minat untuk saya memilikinya.

Nampak tak calar tu?

Pandangan sisi

Lagi pandangan sisi

Pandangan dari bawah jam

Perhatikan warna insert bezelnya yang agak luntur ditelan waktu

Walaupun berkeadaan vintage (calar-calar dan luntur), ia masih segak dipakai (pada sayalah :p) Sekarang saya dah agak memahami kenapa ada sesetengah collector di luar sana yang berkehendakkan jam yang berkeadaan asal (purist lah biasanya macam tu). Bagi rakan-rakan pembaca yang mengenali Thomas yang tinggal di sekitar Lembah Klang, lihat saja Seiko 7002 di tangannya itu...all original..tapi kesan guna memang hebat :)