Wednesday, July 20, 2011

Next Project: PMMM (Poor Man Marine Master)

Nota: Gambar-gambar ini bukan milik saya. Ia adalah hakcipta www.yobokies.com

Saya sedang menantikan barang-barang yang diperlukan untuk menukar SKX007 yang saya beli terpakai, kepada rupa ini :) Sebelum ni memang saya dah ada satu. Yang ini yang lain pula.

Harga MM yang sangat tinggi, membuatkan saya berkira-kira untuk mengeluarkan sedikit belanja untuk projek "menaik taraf" ini. Untuk dail dan hands nya, USD59 telah dileburkan.

Kredit: http://www.mwrforum.net/forums/showthread.php?p=134111#post134111

Anda boleh melayari www.yobokies.com untuk lebih gambar...bukan sahaja untuk projek ini, malah pelbagai lagi. Sapphire glass untuk skx pun ada :) Sekarang saya menantikan dengan sabar. Apa yang saya akan dapat dari projek ini?

1) Sebuah PMMM yang saya kira cantik dipandang mata
2) Pengalaman, memandangkan saya bercadang untuk membuatnya sendiri. Sebelum ni setakat bukak caseback, cabut keluar crown stem, dan cabut keluar enjin untk kerja-kerja pembersihan. Tukar hands dan dial akan jadi pengalaman baru untuk saya :)

Mudah-mudahan impian terlaksana, InsyaALLAH.

8 comments:

sah_kul said...

Terbaik la bro... klu da sukses nnti boleh la aku mintak ko buatkan satu custome made utk aku... jgn lupa post hasilnya....

walikard said...

InsyaALLAH bro, akan kutunjuki di sini :) Kalau berjaya, bolehlah tolong buatkan untuk kawan-kawan.

TIMUR said...

Tapi hasil renovation ni tak menjolok mata sgt kerana pertukaran jarum n dial yg hampir serupa dgn asal. Sebaiknya tukar bezel juga. Tapi kira ok la.

walikard said...

InsyaALLAH bang, saya akan memburu bezel yg sesuai :) Kebetulan, bezel insert market yg ada tu mmg nampak aftermarket sgt...lume pip timbul semacam..hehe

Notty Notes 012-2410228 said...

SKX007 tu bond kan ada day/date right ?
Nice mod simple & lagi ganas bro ....

walikard said...

Ya bro, ada day/date..tapi untuk projek mod ni date sahaja yang kelihatan. Berkorban demi sebuah PMMM..hehe

Notty Notes 012-2410228 said...

thx advise ... good ... jam ada date sahaja best !

walikard said...

Np bro :) Dulu masa pakai 7002 pun ok saja.