Thursday, August 10, 2006

Menjana Pendapatan Tanpa Modal Part 3

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Kali saya nak update sikit pasal affiliate yang saya dah join. Alhamdulillah, baru-baru ini saya dapat lagi dalam RM8 melalui sales yang saya dah buat menerusi Internet. Apa yang menarik, saya sbenarnya dah lama tak mempromosikan program affiliate ni. Tau-tau je, dapat je email yang mengatakan Maybank saya dah dikreditkan :-) syukur...sikit-sikit pun rezeki jugak. Ini secara tak langsung menambahkan balik niat saya untuk terus mempromosikan program-program affiliate yang sedia ada. Ada juga yang bertanya tak nak buat affiiate untuk sataydiy.com ke? InsyaALLAH bakal menyusul...kawan-kawan nantikannya ye :-) Oh ya, saya suka nak mengingatkan kawan-kawan agar berhati-hati dalam memilih program affiliate. Maklumlah, sekarang ni banyak program scam di Internet, sampai program yang tak scam pun turut mendapat tempiasnya...Inilah realitinya, ramai juga yang cuba mencari jalan singkat dengan cuba menangguk di air yang keruh...Ingatlah kawan-kawan semua, kekayaan dan kejayaan takkan datang bergolek. Kita perlu menempuh banyak halangan dan tribulasinya. Inilah sebenarnya harga kejayaan. Jangan terpedaya dengan slogan-slogan mudah untuk mendapatkan durian runtuh dengan sekelip mata kerana sunnatullahnya bukan begitu. Apa yang penting kita terus berusaha tanpa mengenal jemu untuk terus berjaya di dunia dan akhirat :-)

No comments: