Thursday, August 10, 2006

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Pada kali ini saya nak kenalkan kawan-kawan pada teman baru saya. Hmm, jangan salah sangka, teman baru saya ni ialah PDA saya, iaitu Ericsson MC218, bukan teman yang "tu" tau...marah isteri saya nanti :-) Oklah saya admit yang PDA ni sebenarnya dah quite ages...maklumlah, dah release sejak tahun 1999 lagi. Opps, lupa pulak...Ericsson MC218 ni sebenarnya sama dengan Psion 5mx, memang sebijiklah, cuma berbeza sikit dari segi software je. Untuk makluman kawan-kawan semua, Psion dah stop keluarkan PDA sejak tahun 2001 lagi. Mereka dah tumpukan pasaran pada handphone. Hasilnya, itulah Nokia Communicator, nokia QD, SonyEricsson P900 series, Nokia S60, Nokia 7700 dan banyak lagi. Model saya ni sebenarnya sejak tahun 1999 lagi. So, dah berumur hampir 8 tahun PDA saya ni. Tapi mengapa saya memilih yang lama?

Saya sebenarnya dah menggunakan macam-macam PDA, baik Window CE, Windows Mobile, Palm dan yang terbaru (sebenarnya terlama) Psion, yang menggunakan EPOC. Untuk Window dan Palm, saya guna agak lama juga tapi tak berapa serasi. Bagi saya untuk basic PIM, appoinment, ambik note skit2 bolehla. Tapi untuk serious business, saya tak rasakan ia yang terbaik. Ini memandangkan saya tak dapat nak jadikan ia independent, yakni tak bergantung sangat kepada PC. Tambahan pula, Psion saya mempunyai keyboard, jadi ia seolah-olah sub-notebook untuk saya. Ada jugak cadang2 nak pubish website dari Psion saya ni, tapi kos mobile Internet membantutkan saya :-) Jumpa lagi lepas ni

No comments: