Friday, April 29, 2011

SOLD-Seiko Orange Monster Sudah Tiba

Orange Monster!!

Plastik cover yang masih belum dibuka. Serial no: 005224

Tali pusat yang belum dipotong

Saya rasa kehebatan jam ini tak perlu diperkenalkan lagi. Diver yang sudah mencapai status "Cult" ini sememangnya unik dan beridentiti tersendiri. Bagi rakan-rakan yang tidak mengetahui, saya letakkan ciri-cirinya di sini:

Model variant: SKX781, SKX781k, SKX781K2
Movement: 7S26. Very reliable , and proven to be very robust
Diameter: 42MM
Bracelet: Solid stainless steel, with diver's clasp
ISO: 200 meter
Lume: Lumibrite on markers, hands, and rotating bezel (very bright!)
Crown: Screw in type

No box, no manual ya. Harga yang ditawarkan ialah RM550-HARGA TERBAIK! INSYAALLAH PUAS HATI :) Sila SMS/Call 019-3799160 (Azrul) atau email walikard@gmail.com untuk pembelian.

Sunday, April 24, 2011

Seiko 6138-8020 Panda Dalam Pegangan





Dalam pertemuan dengan Abg Hassan Detik12 malam tadi di Puchong, akhirnya Panda tahun 1976 ini saya trade dengan "turtle" 6309-7040 milik saya. "Kau tak sayang ke jam ni?" tanya abang Hassan..."Takpe bang, turtle saya boleh jumpa lagi kat ebay...panda ni susah sikit...kalau ada pun harganya dah mahal sangat dah..."...jawab saya balik. Sebenarnya, kalau time ni poket tebal takde fikir nak trade pun...apa boleh buat, ada benda lain yang perlu didahulukan, dan perasaan berkobar-kobar nak try chrono mekanikal dah "tak terbendung" :p Buat masa ini, Panda ni akan saya buat apa yang patut. Update akan menyusul lagi selepas ini...layan gambar-gambar dulu :)

Thursday, April 21, 2011

Coming Soon! Budget Diver

Gambar dari ebay

Budget Diver Seiko 7002 dengan pepsi bezel. Berdasarkan pembacaan, model yang sebegini adalah 7002-700A. Apapun, kena tunggu barang sampai dahulu untuk kepastian. Harapnya taklah indah khabar dari rupa :)

Monday, April 18, 2011

Seiko 6309 7040 Dengan Z22

Kali ni nak try turtle ni dengan Z22 jugak, tengok macam mana. Nato strap memang selesa, tapi leceh juga bila tangan basah, especially lepas ambil wudhuk. Z22 ni sarung aje walau tengah basah2 tangan tu :)

Z22 ni kelihatannya macam yang aftermarket punya. Used, dan agak keras. Saya ambil cecair pelembut getah yang biasa orang pakai untuk power window yang tersekat-sekat tu, dan apply ke seluruh tali tu. Alhamdulillah, menjadi. Tali jadi lembut, warna pun naik.

Latarbelakang lain pulak

Latarbelakang ni memang kena dengan tema...jam vintage, kereta pun vintage! ;)

Sunday, April 17, 2011

Seiko 6309-7040-Buruan Yang Menjadi Kenyataan

Alhamdulillah, pada 31 Mac 2011 yang lepas, saya berjaya juga mendapatkan Seiko 6309-7040 dari Uncle farid Chan atau lebih dikenali di kalangan penggemar jam dengan panggilan Uncle Luv. Iklan-iklan beliau boleh dilihat di sini: http://www.mudah.my/li?ca=8_s&id=2616 Hati-hati, Seiko 6105 ada kat situ...bisa menggoncang keimanan :) Seiko 6309-7040 milik saya tu tak punya strap...kebetulan saya ada simpan Z20 yang dibeli dari bro Ijan. Jadi, sumbat ajelah dulu walau sedikit kecil (20mm vs 22mm).

Perhatikan gap yang terdapat di hujung lug sebelah kiri. Sememangnya tak berapa cantik ada gap sebegitu. Janji boleh pakai :) 2 3 hari selepasnya saya membeli Nato strap 22mm dari seller tempatan, Bryan dari Sarawak. Linknya seperti berikut: http://www.mudah.my/New+NATO+military+nylon+watch+strap-8811642.htm?last=1 Warna hijau olive menjadi pilihan hati dan beginilah hasilnya:

Bergambar bersama-sama Nato strap biru Navy

Wrist Shot

Dalam masa yang sama, saya membeli Nato strap berwarna biru navy dari www.tungchoywatch.com, HK-based seller. Penghantaran dalam masa seminggu lebih...not bad memandangkan kaedah penghantaran hanya menggunakan normal postage without tracking no.

Nato strap ni amatlah mudah untuk ditukar ganti. Memandangkan ia menyerap peluh, eloklah ada lebih dari satu. Satu basuh, satu lagi pakai...dan seterusnya. Kelebihan lain ialah, sangatlah selesa dipakai. Cuma jangan basahlah, memang kalah sebab ia jenis menyerap. Saya yakin yang murah atau mahal sama saja sifatnya iaitu menyerap. Mungkin lepas ni nak try bracelet pulak macam ni:

Gambar dari www.tungchoywatch.com

Antara faktor istimewa 6309-7040 ni ialah production datenya:

Itu Julai 1981, bulan dan tahun saya dilahirkan. Seusia saya! (Maaf kurang jelas ya)

Jam ni semua berkeadaan asal kecuali hands nya dari original seiko 7s26. Jadi, yang "menyala" hanya hands nya sahaja memandangkan ia baru. Apapun, saya berpuas hati memiliki model ini. Mungkin lepas ni semakin susah nak dapat, dan tanda-tandanya juga hampir2 jelas kelihatan. Semakin kurang yang menjual, dan dalam masa yang sama makin bertambah pula bilangan pembeli yang memburu model vintage yang dah mencapai status "cult" ini.

Wednesday, April 06, 2011

Seiko 7002 Orange Dial Untuk Cikgu Bakar

Alhamdulillah, jam Seiko 7002 yang dipesan Cikgu Bakar dari Dungun sudah selamat sampai di tangan saya dari Filipina. Jam ini dah fully restored to perfection, movement serviced, dan dive worthy! Boleh menyelam dengan jam ni walau sudah berusia 25 tahun! Mudah-mudahan Cikgu Bakar gembira dengan pembelian ini, InsyaALLAH. Two thumbs up to loyswatch dari ebay.com :)