Tuesday, September 20, 2011

SOLD - Seiko 7T92


Seiko 7T92. Keseluruhan jam masih nampak cantik dan "muda" :) Di datangkan dengan tali nylon military dgn lug 18mm. Penampilan yang sesuai pada kiraan saya. Saya anggarkan, diameternya ialah 37-38mm.


Seperti kebiasaan 7T92, jam ini mempunyai 3 register. Register saat pada kedudukan nombor 9 agak kecil, dan agak tenggelam dek 2 register kuning yang besar itu. Jadi secara visualnya mata lebih menangkap 2 register besar tersebut terlebih dahulu.


Subdial kuning sesuai dipakai bersama Myvi 1.5 baru warna kunin yang baru launch tu :) Bak kata ZZ kat FB DJ :)


Tali asal yang masih mempunyai buckle Seiko. Bagaimanapun, warna tali dah agak lusuh.


Secara keseluruhannya, tali asal masih memberi rupa untuk Seiko 7T92 ini. Aftermarket pun banyak juga di pasaran. Tapi agak susah nak cari di kedai-kedai jam tempatan. Ada sesiapa yang tahu?


Caseback yang masih baik dan berkeadaan asal. No sirinya ialah 310759. Membawa maksud, ia dikeluarkan pada Januari 2003.


Pandangan sisi kanan jam. Masih cantik dgn kesan calar yang minimum. Batteri telah ditukar baru, dengan fungsi chronograph yang berfungsi cemerlang. Apapun, jarum saatnya kadangkala tersasar 1mm macam tu dari kedudukan nombor 12. Apapun, selepas dimain-mainkan chrononya, ia boleh kembali ke kedudukan yang sepatutnya. Apapun, saya kira 1mm lari taklah teruk sangat :)


Begitu juga dengan sisi kiri jam ini yang masih kelihatan cantik.


Di datangkan dengan kotak Seiko yang biasa dilihat kalau beli Seiko 5 dari kedai-kedai tempatan. Berminat? Sila hubungi saya untuk urusan jual beli :) Harga? RM188 sahaja.

No comments: