Semasa membuat window shopping di laman web online yang menjual jam, mata saya segera menangkap model ini, dan kenangan lama mengimbau kembali. Di sebabkan jam inilah pernah suatu hari saya ter set world time dengan waktu Wellington menjadi panduan secara tidak sengaja. Saya jadi manusia paling awal bersiap, solat Subuh, sarapan dan masuk ke kelas. Di sangka sudah 6.30 pagi rupa-rupanya baru 5 lebih pagi...penangan! Jam ini wujud lebih awal berbanding Nokia 3310 dan Butterfly di atas...hehehe
Tuesday, October 04, 2011
Casio Data Bank DBC-610
Casio Data Bank DBC-610 adalah di antara jam-jam yang saya minati sejak zaman persekolahan lagi. Semasa Tingkatan 4, ayah memang ada belikan jam ini untuk saya. Ia bertahan sehingga tahun ke-2 saya di Universiti. Ketika itu saya membuka jam untuk mengambil wudhuk solat Zuhur Masjid UIA PJ. Jam yang diletakkan di sebelah cermin mata, hanya berada di sebelah saya. Selesai wudhuk, hanya cermin mata yang masih tinggal. Jam dah lesap...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
...sejuk mata aku bila tgk jam ni :)
hehehe...tang mana sejuk tu bro?
Aku suka jam yang ada calculator ni dulu. Time terlupa calculator gi kelas, jam ni la penyelamat.. haha!!
rizal~ sukajam
Rizal: Contoh klasik tu...hehehe...account ko problem lagi ke bro?
try jap!! Kadang2 ok, kadang tak ok.. Kalau blog yg tak dpt guna anonymous, mmg tak dapat nak bagi comment..
Hah!! Dapat pun..haha!!
Cun bro :) Selesai masalah negara
masih dikeluarkan sampai skrg.. bermakna ia popular & masih ada permintaan. Beberapa selebriti Malaysia aku tgk pakai jam ni.. haha
DJ: Memang bro...pernah tgk gambar kat suratkhabar, ada selebriti pakai...yg mana tak ingat..hehe
kat mana nak dpt jam ni bro? saya ada yg plastic bukan yg besi, teringin gak nak cari. dlm anggaran berapa arga dia?
Saya beli dari skywatches.com.sg...tapi sekarang kat Malaysia pun ada, kat www.citytime.my. Kalau nak yang warna gold, amar-variasijam.blogspot.com pun ada bro...harga sekitar 150-250
Post a Comment