Tuesday, April 03, 2012

Citizen Nighthawk BJ7010-59E



Seperti yang dijanjikan pada post yang lepas, kini saya berkesempatan untuk membuat sedikit ulasan ringkas berkenaan jam ini. Tiada maklumat teknikal di sini melainkan yang brief sahaja :D


Perhatikan dial nya yang serba sibuk itu. Sememangnya, beginilah rupa jam pilot. Pada hemat saya, jam-jam pilot berjenama lain pun seakan-akan ini juga. Paling kurang, tentu didatangkan dengan slide rule. Gunanya? Untuk menyukat kadar tertentu seperti baki minyak, masa vs jarak perjalanan dan sebagainya. Saya tak guna pun :p


Signed crown menambah rupa paras pada jam ini. Terpampang logo Promaster yang agak terkenal itu. Saya yakin ia bukanlah asing bagi para peminat jam.


Caseback yang di engraved dengan detail dan cantik. Biasanya jam-jam berkos seperti ini cuma memakai cetakan laser sahaja. Nice!


Bracelet yang solid. End link pun solid! (Maaf tiada gambar, sekadar pembacaan di Google mengesahkannya)


Lagi gambar bracelet. Kali ini clasp nya.


Jam ini mempunyai satu lagi crown di bahagian kiri buat memutar slide rule. Sangat smooth. Tak terlalu ketat, tak terlalu longgar. Sedang-sedang sahaja.


Keseluruhannya, jam ini mempunyai 4 jarum. Jarum saat, jam, minit, dan 24-hour marker. Fungsi 24-hour itu adalah untuk memberitahu masa dalam format 24 jam. Juga boleh digunakan untuk fungsi dual-time. Untuk melaras jam ini, beberapa aturan perlu diikuti, dan ia tidaklah seperti jam-jam yang biasa. Perlu melaras 24-hour markernya terlebih dahulu. Selepas itu barulah jarum jam. Taklah susah sangat :)


Lume shot yang tak berapa nak menjadi :p Wajah sebenar jauh lebih baik daripada ini :) Lume adalah kebiru-biruan, berbanding kebanyakan model Seiko yang kehijauan.


Pakej lengkap Citizen semasa pembelian :)

Kesimpulannya, jam ini cantik! Berbaloi? Pada saya, ya, ia berbaloi. Dengan harga yang mampu milik, ia worth it untuk disimpan. Eco drive yang tak memerlukan bateri menambah kualiti yang sedia ada pada jam ini. Satu pembelian yang wajar :)

Untuk review yang lebih detail, sila ke:

http://quartzimodo.com/citizen-nighthawk-bj7017-50et-review/

22 comments:

sah_kul said...

Menarik. Memang selalu aku menyelitkan model promaster dalam wishlist tapi sampai sekarang belum berkesemptan...beli jam dapat kapal terbang 2 biji...memang berbaloi :)

walikard said...

Masanya dah tiba untuk membeli bro...hahaha

thetick-thetick said...

yang menariknya, jam ni makin naik harga daaa... sama dengan Seiko... makin mahal. aku beli yang tali kulit tahun 2009 dulu baru RM420... sekarang dah sampai 6 7 ratus. tali besi lagi laa... nak murah cuba carik kat Singapore skywatches.com ataupun ebay.com.sg murah + free delivery

walikard said...

Betul bang radzi, dah mahal..saya beli dari watchub dgn fedex delivery..smpi sini rege RM7xx jugak..skywatches pun rege dah tinggi :p Trend Japanese watchmaker naikkan rege kot?

thetick-thetick said...

bukan pasal Japanese watchmaker naik rege tapi pasal matawang Malaysia susut nilai! he he...

walikard said...

Hehehe...betul juga tu. Tak ingat satu ketika dulu RM lebih kukuh berbanding sekarang

Rozif Rasid said...

cis!! meracun...huh...xpuas hati...

walikard said...

Rozif: Sesikit aje :p

Rozif Rasid said...

arghhhh...poison jgk...huh....

walikard said...

Rozif: =)

duniajam said...

Budget lari hari tu.. kalau tak kita dah geng dah.. Haha.. Best jam ni. Design dia tu aku suka. Jarum dia satu lg ada jet pejuang.. haha

duniajam said...

Ada satu lg varian.. PVD.... smart juga

walikard said...

DJ: Mmg smart jam ni...walaupun jadi pilot darat, ok aje. Yg PVD tu mantap gak, tapi bimbang juga sebab PVD ni rasanya nak kena jaga lebih...sekali scratch nangis :p

duniajam said...

Kalau PVD itu yg bimbang skit. Tp kalau pakai cermat rasanya ok. Hehe... Satu lg dial warna brown... tak pernah tgk live.... tp dial hitam lbh cun

walikard said...

Heheh...betul gak. Tapi kalau aku bimbang tu tetap lebih :p Hehe. Yg dial coklat tu cantik jugak, dengan leather strap deployant type. Cantik tu DJ

duniajam said...

tak pernah tgk live yg coklat tu.... setakat gambo je... nnt nak ushar mengushar tgk kalau jumpa.. hehe

walikard said...

Happy hunting bro :D hehehe

duniajam said...

muahahahahahahaha....

Rozif Rasid said...

pinjam...aku punya F-22 meter minyak out plak...hehehe....

walikard said...

Rozif: Hehehe...boleh2x

Unknown said...

untuk dijual ke ni

walikard said...

Fitrie: bukan bro, sekadar sharing sahaja :)