Saturday, April 21, 2012

From China with Watch: Classic Sea-Gull M185S



Alhamdulillah, setelah 5 hari menunggu, jam yang dipesan selamat sampai di tangan saya. Agak cepat juga memandang negara China adalah sangat besar. Perjalanan dari wilayah ke wilayah pun memakan masa yang agak lama. Saya kira, perkhidmatan EMS yang ditawarkan memang berbaloi. Cepat dan murah.
Rupa bentuk parcel yang diterima. Baik mutu bungkusannya. Saya kira, kalau kotak melambung-lambung semasa perjalanannya ke Malaysia, jam masih boleh sampai dengan selamatnya, in-one-piece :D


Buka-buka sahaja kotak, sekeping kertas yang agak lusuh diletakkan di bahagian paling atas. Apa isi kertas tu?


Oh yang ini rupanya...maaf saya pun tak faham apa yang dituliskan. Mungkin ada rakan-rakan yang mengerti Mandarin boleh menterjemahkannya. Saya kira, mungkin itu adalah gambar pengasas Sea-Gull ini. Apapun, saya appreciates dengan goodies sebegini.

Kotak Sea-Gull di balut dengan menggunakan micro bubble wrapper. Saya kira cukup untuk untuk menyerap hentakan semasa dalam perjalanan.

Kotaknya agak besar juga. Ada sesetengah pembeli mendapat kotak yang berbeza, seperti yang kelihatan pada kotak Swatch.

Susunan di dalam kotak jam sebaik sahaja dibuka. Warranty card yang paling atas.

Booklet warranty ini adalah dwi-bahasa. Walau bagaimanapun, stamp warranty di letakkan pada bahagian yang berbahasa Mandarin.

Manual dalam Bahasa Inggeris. Simple sahaja...mekanikal buat apalah nak panjang-panjang (cakap orang malas baca manual :p) Apapun, terdapat bahagian yang sangat penting di manual tersebut seperti gambar di bawah.

 Perhatikan pada friendly reminder nya...baca jangan tak baca :) Penting untuk menjaga hayat enjin jam yang dijana caliber ST16, yang berkebolehan untuk dikunci dan hack.

Luaran jam dibalut dengan bubble wrapper yang lebih tebal daripada yang digunkan untuk membalut kotak.

Jam dibalut secara keseluruhannya dengan plastic film untuk menghalang dari calar yang kelak akan mengguris hati :)

Clear case back buat meneropong isi dalamannya...simple...tapi kemas buatannya. 

Lagi gambar sisi belakang dari sudut yang berbeza.
 
Sebenarnya crown nya mempunyai engraving "S". Namun kamera blackberry saya tak mampu merakamkannya secara sempurna. A very welcoming addition...memang add value pada jam ini.Sedikit kelemahan yang ada padanya, operasi yang melibatkan crown seperti mnukar date/hari dan masa, crown engagement pada fungsi-fungsi tersebut kurang smooth berbanding model Seiko JDM. Tidaklah lousy, dan play memang tiada...kurang smooth sahaja. Harganya? 3 kali ganda lebih murah :)

Jam ini bersaiz 38mm, tidak mempunyai lume, dan mempunyai tangan-tangan berwarna biru...saya amat menggemari ciri-ciri ini. Paling signifikan, hari pada kedudukan bawah marker 12 adalah bertulisan Mandarin...saya tak faham :p Namun, tulisan Mandarin pada jam ini, saya anggap macam tulisan kanji pada jam-jam JDM...istimewa, dan seolah-olah satu pemberitahuan tempat asalnya. Kalau diperhati lagi, pada kedudukan di bawah marker 6, terdapat tulisan "China Made".  Apa? China? Hehehe...saya faham apa yang bermain di fikiran anda. Namun dengan sedikit carian, anda akan faham mengapa ramai WIS yang memberikan kredit kepada jenama China yang satu ini. Untuk saya, dengan harga ini, ia sememangnya sangat bernilai. Saya kira, kualiti melebihi harganya yang murah itu. Sungguh! :)

Untuk rujukan lain mengenai jam ini, sila lawati link berikut:



Model yang sama dengan sedikit variasi pada dial dan tangan:

Posted by Picasa

8 comments:

sah_kul said...

Jam China jgn dipandang serong... Dial puti aku dah ada, tangan biru aku blum ada. Wali 1 aku 0 hehe :)

walikard said...

Hehe...tulah pasal bro, jangan pandang serong. Movement diorang ni jugak ada yg digunakan oleh watchmaker yg lain, tapi tak buat carian sangat. Bro, tangan biru satu la apa lagi :) hehehe

duniajam said...

Jam berjenama China ada juga yg high-end. Ada juga model tourbillon. Aku tgk jenema Shang-Hai tourbillon. Best tul jam tu. Harga 10 kali ganda murah berbanding tourbillon Swiss.

Tahniah bro!

walikard said...

Tulah DJ, banyak juga yg high end...tapi walaupun hi end, harga jauh berganda2 murah dari swiss counterpart. Yg pasti, walaupun murah, craftmanship mmg terpuji...best2x...aku beli nak try since ramai yg memperkatakannya...Alhamdulillah, berbaloi-baloi :)

Turbillion tu mmg mengancam, tapi rege tak mengizinkan lagi...sebuah kete tu :)

Apapun, TQ DJ :)

Rozif Rasid said...

bertukar angin????...hehehe....bukan Swiss, bukan Japanese, Chinese plak...

walikard said...

Rozif: :D Apapun, jam ni memang best...hehehe

zacklim said...

Beli dari.online? Web mana?

walikard said...

Beli dari good-stuffs.com :)